Hujung minggu tidak tahu nak masak apa…Ini solusinya Sotong Sumbat Telur Masin
Sebut sahaja sotong sumbat telur masin pasti ramai yang sudah terliur, tambahan pula dihidangkan bersama nasi panas.
Aroma yang manis dan bau unik telur masin pasti membuka selera sesiapa sahaja.
Kebiasaannya sotong sumbat telur masin dimasak secara goreng.
Apa kata kali ini anda cuba resepi masak lemak cili api sotong sumbat telur masin daripada Hadi Mohd Salleh yang amat sesuai di makan seisi keluarga di hujung minggu.
Bahan-bahan:
1. 3 ekor sotong bersaiz besar
2. 3 biji telur masin
3. 14 biji cili padi (boleh lebihkan jika suka pedas)
4. Kunyit sebesar ibu jari
5. 1 sudu kecil garam
6. 1 batang serai
7. Sekeping asam gelugur
8. 1 kotak santan
9. 1 batang bunga kantan
10. Daun kesum
11. 5 biji cili merah
Cara penyediaan:
1. Masukkan telur masin ke dalam sotong dan cucuk dengan kemas supaya intinya tidak terkeluar.
2. Kukus sotong tadi sehingga masak.
3. Tumbuk cili padi, kunyit dan garam sehingga lumat.
4. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama serai, asam gelugur dan air.
5. Apabila mendidih, masukkan santan dan sotong sumbat telur masin yang siap dikukus.
6. Tambahkan hirisan bunga kantan dan daun kesum supaya aroma masak lemak cili api lebih wangi.
7. Bagi yang gemarkan rasa pedas bolehlah menambah beberapa biji cili merah.
8. Tunggu sehingga mendidih dan siap untuk dimakan!
BACA JUGA:
Tuan rumah reda pecahkan pagar,lembu tersepit celah pagar “Ingatkan oyen je selalu buat perangai”
Siapa tak kenal Tiktoker terkenal ni!…rupanya seorang hafiz Al -Quran
Anwar mahu selaraskan slogan Malaysia Madani dengan perluas program zikir, selawat ke seluruh negara