Ibu ghairah bercinta sanggup dera anak sampai mati bersama teman lelaki akhirnya ditahan

Ibu ghairah bercinta sanggup dera anak sampai mati bersama teman lelaki akhirnya ditahan

Sejak Mac lalu, seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 9 tahun hanya mampu menahan kesengsaraan selepas dipercayai menjadi mangsa dera.

Bagaimanapun, penderitaan itu berakhir selepas ka­nak-kanak tersebut meninggal dunia kelmarin dengan kesan kecede­raan serta lebam-lebam pada anggota badan.

Ibu ghairah bercinta sanggup dera anak bersama teman lelaki akhirnya ditahan

Ekoran kematian yang sungguh tragis itu, seorang wanita yang juga ibu mangsa dan teman lelakinya ditahan polis di Taman Panglima, Assam Kumbang, di sini kelmarin.

Di tempat kejadian, seorang jiran mangsa memberi­tahu, kali terakhir dia melihat mang­sa pada petang Jumaat lalu.

Dia yang enggan dikenali berkata, mangsa berkawan de­ngan cucunya yang juga rakan sebaya di kawasan penempatan itu.

“Jumaat lalu, dia (mangsa) ada naik basikal datang ke depan pintu pagar rumah untuk bermain dengan cucu.

“Dia datang sekejap sahaja dan kemudian terus balik ke rumahnya dan selepas itu saya tidak lagi melihatnya sehinggalah dapat tahu dia (mangsa) sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, pihaknya telah menerima panggilan melalui talian kecemasan pada pukul 11 pagi berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.

“Pihak polis dan ambulans telah bergegas ke lokasi termasuk pihak forensik bagi menjalankan siasatan. Hasil siasatan awal mendapati, ada unsur-unsur pende­raan ke atas kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, kanak-kanak itu adalah anak kedua daripada lima beradik dan ibunya yang berusia 36 tahun tinggal bersama dengan teman lelakinya di lokasi keja­dian.

Katanya, wanita terbabit dikatakan mengalami masalah rumah tangga dan sedang dalam proses perceraian dengan suaminya.

“Hasil siasatan juga mendapati, mangsa dipercayai telah didera mulai Mac tahun ini.

“Mayat mangsa telah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Taiping untuk proses bedah siasat,” ujarnya.

Ibu mangsa dan teman lelakinya telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 6 Julai lalu, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun turut maut selepas tengkorak dan organ dalaman mangsa pe­cah dipercayai menjadi mangsa penderaan teman lelaki ibunya di rumah suspek di Cheng, Melaka.

Kanak-kanak lelaki itu terpaksa menanggung kesengsara­an sehingga tidak sedarkan diri selepas teruk ‘dikerjakan’ hanya kerana mangsa muntah di atas sofa kesayangan suspek.

Kejadian itu berlaku selepas ibu mangsa menghantar anaknya ke rumah teman lelakinya di kawasan Cheng, di sini pada pukul 5.30 pagi untuk berubat kerana kanak-kanak tersebut dikatakan mengalami muntah-muntah.

BACA JUGA:

Bapa tampil buat laporan anak hampir maut sebab dipijak berkali-kali dengan teman lelaki

Angkara makan durian & nangka selama 7 tahun, influencer terkenal mati kebuluran

Fizz Fairuz ajak PU Syed tonton Mat Tudung Begins – Ini respon padu PU Syed