Ingatkan susah nak buat Tauhu Begedil ni rupanya mudah – Wanita kongsi cara paling mudah dan sedap
Tauhu Begedil ni memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang takut nak cuba sebab rasa hidangan ni susah nak disediakan. Namun menerusi perkongsian Puan Siti Misyati, beliau kongsikan resipi Tauhu Begedil yang paling mudah dan sedap. Kosnya pun tak mahal. Malah inilah resipi yang digunakan untuk perniagaan Tauhu Begedil yang beliau usahakan. Sedapkan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU BERGEDIL HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Tauhu pok/tauhu kering secukupnya
BAHAN INTI:
Ubi kentang – bergantung pada jumlah tauhu yang nak dibuat
Bawang Holland – potong dadu
Daging kisar – lebih banyak lebih sedap
Daun sup – dicincang
Serbuk lada sulah & serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
BAHAN SALUT:
Telur secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang Holland dan daging kisar hingga masak. Kemudian masukkan daun sup, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan perasa dengan secukupnya. Gaul rata. Angkat.
2. Kupas ubi kentang dan rebus hingga empuk. Tambah sedikit garam kemudian lenyek hingga halus.
3. Satukan daging yang ditumis tadi dengan ubi kentang lenyek. Gaul rata hingga sebati.
4. Bulat-bulatkan inti supaya senang untuk disumbat ke dalam tauhu. Buat hingga habis.
5. Sumbat bebola kentang ke dalam tauhu yang dipotong sedikit. Kemudian celupkan tauhu ke dalam bancuhan telur yang telah dipukul dengan sedikit garam.
6. Goreng hingga keperangan. Angkat dan nikmati bersama sambal kicap.
BACA JUGA:
Rantau merupakan kubu kuat bagi BN – Peningkatan sokongan PN makin positif
Tidak menang tangan, Jual roti canai sekeping 50sen dan murtabak RM3
Polis kesan tukang gunting rambut kerap buat gangguan seksual