Ini 4 alat filem yang kita harap wujud dan boleh beli

Ini 4 alat filem yang kita harap wujud dan boleh beli

Siapa yang tak suka tengok movie betul tak? Biasanya dalam sesebuah filem yang bergenre sains fiksyen, atau berkaitan masa depan, pastinya akan menampilkan pelbagai alatan yang canggih.

Bila fikir-fikir balik, ada antara alat ni sangat berguna dan sampai satu tahap, kita harapkan sangat alat tersebut wujud dan akan membantu kita ketika berdepan masalah dan cabaran harian.

Ini 4 alat filem yang kita harap wujud dan boleh beli

Jom min senaraikan antara alat-alat dalam filem yang ramai harap wujud dan boleh dibeli:

1. KITT – Knight Rider

Menjadi idaman ramai sejak dari tahun 80-an lagi, KITT yang merupakan sebuah kenderaan dilengkapi dengan pelbagai teknologi futuristik yang membolehkannya bercakap dan bergerak sendiri. Bukan itu sahaja, panel badannya juga lengkap berperisai untuk menahan segala bentuk tembakan dan letupan selain mempunyai kelajuan yang tiada tandingan.

2. Hyperspace – Star Wars

Dalam filem Star Wars, kita dapat lihat mereka menggunakan Hyperspace untuk membawa kapal angkasa dari satu tempat ke tempat lain dengan sangat pantas. Bayangkan kalau teknologi ini sudah ada di dunia sebenar, kita nak ke sesuatu destinasi yang beribu batu perjalanan hanya boleh sampai dalam masa beberapa saat sahaja.

3. Kereta terbang – Back to the Future

Gambaran Back to the Future ialah jalan raya tidak lagi merupakan satu keperluan kerana adanya kereta terbang dan tak perlu hadap masalah jalan sesak! Walaupun belum ada lagi kereta terbang yang menjadi realiti, namun banyak negara-negara maju ketika ini berlumba-lumba untuk menghasilkan kereta terbang pertama di dunia.

4. Pen – Men In Black

Boleh dikatakan sejenis alat yang agak cool, neuralyzer sering digunakan oleh ejen “J” dan ejen “K”. Alat seakan sebatang pen ini mampu untuk memadamkan memori manusia mengikut kehendak pengguna hanya dengan menggunakan cahaya flash.

Zaman sekarang ni, tak ada apa yang mustahil apabila teknologi semakin berkembang dan sentiasa ada perkara-perkara baharu yang diperkenalkan.

Walaupun rokok sekalipun sekarang ni sudah dimodenkan, ada pelbagai alternatif dan yang berteknologi tinggi, contohnya peranti pemanas tembakau lil SOLID Ez yang diperkenalkan oleh IQOS.

Ia sejenis peranti yang digunakan untuk memanaskan batang tembakau tanpa membakarnya dan mengurangkan kadar bahan kimia berbahaya berbanding rokok.

BACA JUGA:

Macam mana boleh jatuh? Satelit terhempas di China mengejutkan penduduk

Pemuda bayar ganti rugi, belum sempat jual telur dah ke tanah

Pembela kucing jangan ambil mudah perkara ini- Ketahui hukum bela kucing di dalam rumah