Ini 5 barang berbaloi anda beli jika pergi ke Jepun

Ini 5 barang berbaloi anda beli jika pergi ke Jepun

Jepun merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan orang kita kerana keunikan negara itu sendiri, kemajuan, kebudayaan dan pelbagai faktor lain yang menjadikannya destinasi pelancongan yang semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Bercakap mengenai melancong ke Jepun ni, pastinya salah satu sebab orang yang berkunjung ke sana adalah untuk membeli-belah, terutamanya barangan berjenama dan buatan Jepun. Antara kategori barangan yang sering menjadi tumpuan pastinya jam tangan, alatan memancing, kosmetik, produk elektronik dan macam-macam lagi.

Ini 5 barang berbaloi anda beli jika pergi ke Jepun

Tapi, korang percaya tak sebenarnya ada sesetengah jenama yang ada di Malaysia ni dijual dengan harga yang lebih murah sekiranya korang beli di Jepun? Sebagai contoh, berikut adalah 5 kategori barangan yang lebih berbaloi untuk dibeli sekiranya korang pergi ke Jepun.

1.Jam Tangan Buatan Jepun

Sekiranya korang atau ada kawan-kawan yang ke Jepun, cuba minta mereka untuk tengokkan harga jam tangan buatan Jepun.

Antara jenama yang menjadi kegilaan pastinya Casio, G-Shock yang menjadi ‘fenomena’ di Malaysia dengan ada pengumpul serta komuniti peminat mereka yang sanggup berhabis ribuan ringgit. Kalau korang seorang collector, pastinya korang tahu kewujudan koleksi limited edition atau kolaborasi antara jenama-jenama yang hanya dijual di Jepun.

Selain itu, kalau minat jenis yang old school sikit, cuba tengok jenama Seiko, Citizen ataupun Orient yang masing-masing merupakan jenama yang tidak asing lagi bila sebut berkenaan jam tangan buatan Jepun.

2.Kelengkapan Memancing

Memancing merupakan aktiviti masa lapang yang mendapat sambutan dari masyarakat pelbagai peringkat umur di negara kita.

Seperti aktiviti lain, memancing juga memerlukan kelengkapan tertentu. Jepun dikenali sebagai pengeluar kelengkapan memancing yang berkualiti, tahan lasak, dilengkapkan dengan teknologi terkini serta mempunyai jenama peralatan memancing seperti Daiwa dan Shimano yang menjadi pilihan para pemancing.

3.Merch Anime

Kalau ke Tokyo, memang banyak kedai anime official/rasmi yang menjual barangan anime original dan edisi terhad. Antara kedai anime Jepun ialah Animate, Surugaya, Mandarake, Jump Store dan banyak lagi.

Animate Ikebukuro sebagai contoh, mempunyai 10 tingkat barangan anime termasuk manga, CD, DVD, figura aksi, nendoroid, pakaian, aksesori, buku, majalah dan poster. Kedai ini juga menempatkan teater dan dewan yang dibuat untuk sesi pertemuan dan tayangan peminat, kafe bertemakan anime untuk setiap peminat dan lain-lain lagi. Punyalah famous Animate ni, ia mempunyai lebih 100 cawangan di seluruh Jepun!

4.Barangan Berjenama & Mewah

Kalau korang nak tahu, jenama barangan mewah dari Jepun pun tidak kurang hebatnya. Sebagai contoh, Issey Miyake, merupakan seorang pereka fesyen Jepun yang terkenal dengan reka bentuk pakaian, pameran, wangian dan juga beg berjenama mewah.

Selain itu, korang boleh juga cari jenama-jenama streetwear seperti A Bathing Ape (BAPE), COMME des GARÇONS, Yohji Yamamoto, Undercover, Wego dan banyak lagi.

Korang juga boleh beli barangan sukan berjenama di Jepun yang terkenal dengan kasut, pakaian dan peralatan sukan seperti Asics, Mizuno, Yonex, Snow Peak, Montbell dan banyak lagi.

5.Barangan Elektronik & Gajet

Produk elektronik adalah salah satu kategori produk yang paling popular untuk dibeli di Jepun kerana produk mereka berteknologi tinggi, tahan lasak dan dijual pada harga yang lebih murah berbanding dengan negara lain.

Antara yang berbaloi untuk korang dapatkan adalah kamera, peralatan audio, permainan konsol, periuk nasi dan macam-macam lagi. Tapi, kalau korang nak cuci mata tanpa ke Jepun, korang boleh cari laman web seperti Amazon Japan, Rakuten, Yahoo! Auctions, Mercari atau laman web rasmi kedai online Jepun.

Namun, untuk membuat pembelian online di Jepun, anda perlu tahu berbahasa Jepun. Selain itu, kebanyakan kedai tidak membuat pengiriman ke luar negara dan hanya menerima kaedah pembayaran melalui kad kredit Jepun atau akaun bank Jepun.

BACA JUGA:

Britney Spears dilabel hiperseksual, didakwa curang dengan pembantu sendiri

Hantaran sebanyak RM222,000 – Intan Najuwa kini sah jadi isteri usahawan

Tak sangka rupanya makan dalam tempoh 8 jam sehari boleh kurus!