Bagi peminat ikan air tawar, ikan keli adalah ikan ait tawar yang sedap dimasak dengan pelbagai cara. Rasa serta tekstur isinya yang lembut sangat disukai oleh peminatnya.
Selain perlu diketahui cara yang betul siang dan menghilangkan rasa dan bau ikan keli supaya rasanya lebih sedap apbila dimasak, anda juga perlu ketahui tips supaya ketika memasak ikan keli ini tidak meletup dan isinya tidak hancur.
Bagi mereka yang ingin memasak sendiri ikan keli boleh ikuti tips yang dikongsikan oleh Zur Ain Salim ini barulah masa menggorang ikan keli nanti tak melutup terpercik pada muka dan ikan pun tidak hancur. Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini
RESEPI IKAN KELI MASAK SERAI
Lepas siang, basuh ikan dan rendam dengan tepung gandum. Cuci sental-sental sampai lendir ikan tu hilang.
Dah siap sental-sental ikan tu, gaul lah ikan keli tu dengan garam , kunyit & tepung jagung. Sukatan tu ikot sendiri berape ekor ikan tu. Gaul bagi rata.
Sambil gaul-gaul ikan tu, panas kan minyak dulu. Dah panas tu letak 2/3 potong halia kedalam minyak yang telah dipanaskan tadi. Tak payah buang kulit halia tu.
BAHAN-BAHAN :
( kuantiti ikot ikan ye )
Halia*
Kunyit*
Serai*
Bawang merah*
Bawang putih*
Lada besar*
Lada kecik*
Gula
Garam
( bahan yang bertanda * tumbuk atau blnder kering )
CARA-CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan yang di tumbuk / diblnder
3. Dah masukkan garam & gula
4. Gaul sampai agak kering / pecah minyak masukkan ikan yang digoreng tadi
5. Gaul rata tutup api dah pun siap
BACA JUGA:
Isteri Caprice berang soal ‘abang tesla’ gesa wanita jangan tempah tiket ke neraka