Ini rupanya cara basuh senduk kayu dengan betul,ini caranya
Senduk merupakan sejenis perkakas dapur yang lazim digunakan ketika memasak dan dijual dalam pelbagai bentuk.
Lazimnya, senduk besi digunakan untuk mengambil kuah atau cecair dari periuk dan mengacau hidangan yang berkuah. Manakala, senduk plastik dan porselin digunakan untuk mencedok nasi daripada bekas yang besar.
Sejak penggunaan kuali anti lekat, kebanyakan isi rumah mula memiliki sekurang-kurangnya satu senduk kayu di rumah.
Hal ini disebabkan, kebanyakan kuali anti lekat memiliki satu lapisan pada bahagian dalam bagi mengelakkan makanan melekat ketika dimasak.
Penggunaan periuk atau kuali anti lekat ini juga bersifat efisien kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga yang digunakan ketika mencuci nanti.
Anda tidak lagi perlu untuk menyental dasar kuali seperti tiada esok dan menghabiskan banyak masa, air dan cecair pencuci.
Walau bagaimanapun, pengguna tidak boleh mengacau makanan dengan menggunakan perkakas yang diperbuat daripada logam.
Penggunaan perkakasan logam dapat memberikan kesan calar terhadap lapisan pada dasar kuali anti lekat. Tindakan ini sekali gus, mengurangkan kemampuannya untuk mengatasi masalah makanan terlekat pada tapak kuali.
Oleh sebab itu, penggunaaan senduk kayu mula mendapat tempat bagi menyelesaikan masalah ini.
Sungguhpun begitu, ramai yang ragu-ragu hendak menggunakan senduk jenis kayu, salah satunya kerana faktor kebersihan.
Berbeza dengan perkakasan dapur yang diperbuat dari logam dan plastik, permukaan licinnya dapat membantu pengguna mengenal pasti tahap kebersihannya.
Manakala, keadaan perkakasan dapur yang diperbuat dari kayu biasanya memiliki rekahan yang menyebabkan kotoran boleh melekat dan sukar dicuci.
Seorang pengguna TikTok telah berkongsi tip untuk memastikan senduk kayu dicuci sehingga betul-betul bersih.
Mungkin selama ini, kita beranggapan bahawa senduk kayu boleh dibersihkan seperti biasa iaitu, hanya berbekalkan air bersih dan cecair pencuci pinggan.
Namun tanggapan tersebut semuanya salah. Awang Dapur (@awangdapur) berkongsi cara mencuci senduk kayu dengan bersih.
Caranya pun sangat mudah dan tidak rumit, tetapi kesannya boleh dilihat sangat jelas.
Anda hanya perlu merebus air bersih dan meletakkan senduk kayu di dalamnya selama lima minit.
Selepas lima minit, anda boleh mengangkat senduk kayu berkenaan dan membilasnya. Selepas berbuat demikian, anda boleh mendapati air rebusan senduk terbabit betul-betul mengejutkan.
Air rebusan tersebut sudah tidak lagi berwarna jernih dan berwarna sedikit kekuningan. Selain itu, ada kesan minyak yang terapung-apung pada permukaan air rebusan.
Nampak kan, senduk kayu yang digunakan di rumah tidak sebersih disangka. Lakukan tips ini bagi memastikan kebersihan kulinari dan kesihatan anda terjaga.
BACA JUGA:7 cara selamat untuk hilangkan jerawat dalam masa sehari! Ramai yang belum tahu