Isteri akui silap tak dengar kata suami, habis semua makanan penuh confetti
Kegembiraan sambutan hari jadi bertukar menjadi kelam kabut apabila seorang ibu kepada seorang kanak-kanak membuat kesilapan sewaktu meletupkan confetti di majlis berkenaan.
Menerusi video yang dimuat naik @pirncesshermossa03 di TikTok, dapat dilihat wanita tersebut meletupkan confetti tanpa menutup makanan yang dihidangkan buat para tetamu yang hadir.
Tindakkannya itu telah menyebabkan kesemua makanan yang dihidangkan di atas meja habis dipenuhi dengan kertas confetti yang diletupkan itu.
Apa yang menjadi perhatian ramai ialah reaksi yang ditunjukkan suami kepada wanita tersebut yang kelihatan seperti sedang menahan kemarahan sebelum berlalu pergi sambil badannya dipenuhi dengan kertas confetti tersebut.
Dalam pada itu, wanita tersebut mengakui kesalahannya yang tidak mendengar nasihat suaminya untuk menutup makanan yang dihidang terlebih dahulu.
Saya sebenarnya tak sangka jadi macam ni. Salah saya juga tak dengar cakap suami suruh tutup makanan dulu.
Bukan apa, tak ada ruang (rumah kecik) jadi semua makanan pun letak je la dekat kek jadi senang semua ambil makanan di situ ja, menyesal saya jadi kerja dua kali.
Nasib baik ada makanan spare di dapur. Terpaksalah saya hidang makanan spare tu pada tetamu, yang kena kertas confetti saya cuci balik dan masuk balik semua nasi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wanita tersebut sewajarnya mendengar nasihat yang diberikan suaminya itu supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara tersebut.
BACA JUGA:
Mamazie dedah jumpa pakaian bekas suami dan wanita lain dalam satu bagasi
Tular rakyat saksi Ahmad Zahid baik hati tolong penunggang motosikal kemalangan