Isteri Caprice berang soal ‘abang tesla’ gesa wanita jangan tempah tiket ke neraka

Tindakan isteri kepada penyanyi rap Caprice bersuara mengenai isu poligami pempengaruh media sosial iaitu Abang Tesla mendapat pujian warganet yang rata-rata bersetuju dengan pandangan dilontarkan.

Farra Inalis atau lebih mesra dengan sapaan Elis berpendapat wanita yang tidak mahu berpoligami berhak membuat pilihan dalam hidup mereka seperti mana suami mereka memilih untuk berkahwin lain.

Disebabkan itu juga kata Elis, seorang suami juga harus menghormati keputusan isteri yang tidak sanggup hidup bermadu.

Isteri Caprice berang soal ‘abang tesla’ gesa wanita jangan tempah tiket ke neraka

“Apa-apa pun dalam hidup ini bergantung kepada pilihan… Dia (suami) ada pilihan untuk berkahwin (lain), kita sebagai isteri juga ada hak nak pilih suami kita.

“Nak bersama atau chaw (pergi). Allah itu adil, kita nak bersama atau pergi itu adalah takdir hidup kita yang kita pilih.

“Jadi, jika lelaki memilih untuk berkahwin ramai, akan ada perempuan yang mahu bersama ataupun yang mahu pergi. Tidak salah untuk dua-dua itu.

“Hanya perlu hormat keputusan dan pendirian masing-masing,” katanya.

Elis berkongsi perkara itu ketika muncul dalam siri podcast di saluran YouTube Caprice Original Films yang mengundang Abang Tesla dan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari sebagai tetamu bagi membincangkan isu poligami.

Selain pasangan itu, siaran podcast itu turut mengundang tetamu jemputan iaitu Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin dan personaliti media sosial, Apex Sayur.

Dalam pada itu, Elis turut menitipkan pesanan buat wanita yang tidak mampu menanggung ujian berpoligami agar mengundurkan diri lebih awal berbanding meneruskan perkahwinan yang dibina.

“Perempuan yang boleh terima Alhamdulillah, bagus untuk awak. Pesanan untuk perempuan yang tak boleh terima suami berkahwin empat.

“Sebelum kita menempah tiket neraka awal-awal di dunia ini, pilih jalan awak. Jangan pilih tempat yang kita tak nak duduk,” ujarnya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata menyokong pandangan Elis tentang isu poligami terutamanya bagi golongan wanita yang tidak dapat terima dimadukan.

Ada juga di antara mereka berseloroh tentang reaksi Caprice yang dilihat terdiam mendengar kata-kata dilontarkan isterinya.

“Nampak cuak Caprice ya. Elis ini memang dia mewakili kita semua rasa, kaw-kaw dia bagi!

“Aku dapat rasa Elis ini tengah tahan marah dengan Abang Tesla… kalau aku pun aku baran,” antara komen netizen.

BACA JUGA:

”Dia tahu dia tak boleh menang tapi…”, Tindakan cikgu iring pelajar OKU berlari guna tongkat undang sebak netizen

Khairul Aming pecah rekod gegar pentas TikTok Awards Malaysia 2023

Doktor dedah rupanya bahaya bila guna gelas yang hotel sediakan