“Jaga dia baik-baik. Pengorbanan seorang isteri, ibu, tiada kata” Peranan seorang wanita itu amat besar dan berat

“Jaga dia baik-baik. Pengorbanan seorang isteri, ibu, tiada kata” Peranan seorang wanita itu amat besar dan berat

Seorang wanita yang bergelar ibu, adalah satu anugerah mulia dari Allah.

Ini dapat dibuktikan dengan banyaknya ayat-ayat Quran dan Hadis Nabi S.A.W menceritakan mengenai kemuliaan seorang ibu.

“Jaga dia baik-baik. Pengorbanan seorang isteri, ibu, tiada kata" Peranan seorang wanita itu amat besar dan berat

Ibu-ibu yang hebat inilah yang akan melahirkan dan mendidik generasi masa depan yang bertakwa dan memperjuangkan kebenaran. Para ibu mestilah mempersediakan dirinya dengan ilmu.

Peranan wanita sebagai seorang ibu tidak pernah terhenti, Islam benar-benar meletakkan wanita di tingkatan yang tinggi sekali, dialah penyumbang kepada kebijaksanaan dalam masyarakat.

“Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah”.

Berbahas soal ini, lama hilang daripada radar sensasi, perkongsian status hos dan pelakon Irma Hasmie tersebut muda sahaja menarik perhatian sehingga mencetuskan persoalan ramai tentang suhu perkahwinannya.

Biarpun tidak menyatakan ungkapan tersebut ditujukan kepada sesiapa, hantaran dalam Instagram itu membuatkan ada pengikut menebak, adakah rumah tangganya sedang berdepan gelombang.

Tidak kurang yang menganggap perkara diluahkan hanya peringatan kepada golongan suami supaya lebih menghargai para isteri dan wanita yang melahirkan zuriat mereka.

Pihak yang melihat dari sudut positif meminta ibu kepada dua cahayamata itu terus bersabar, manakala segelintir pemerhati lain menangkis tanggapan hanya isteri sahaja berkorban demi zuriat.

Irma dalam balasan komen memohon maaf andai dirinya terkhilaf dan meminta didoakan agar terus dilimpahkan kesabaran.

“Minta maaf semua, kebaikan itu datang daripada Allah dan keburukan adalah daripada saya sendiri,” katanya.

Tanpa memberi penjelasan lebih lanjut, pelakon Cinta Fotokopi itu hanya memaklumkan selama ini dia sudah cuba berpegang kepada kesabaran.

“Alhamdulillah, memang sabar itu kugenggam semampunya. Mohon doa sahabat-sahabat syurga,” tulisnya lagi.

Menjengah lagi ke ruangan komen netizen meminta lelaki bergelar suami supaya lebih menghargai suri hidup mereka.

“Hanya isteri saja yang tahu maksud ayat ini. Wahai suami hargailah seorang isteri yang Allah telah amanahkan untukmu sementara.

“Jaga dia baik-baik. Pengorbanan seorang isteri, ibu, tiada kata boleh digambarkan betapa kuat dan sabarnya mereka,” tulis seorang netizen.

Seorang pemilik akaun lain pula bersetuju dengan frasa dizahirkan Irma dengan mengatakan dirinya juga masih memilih jalan penyelesaian.

“Betul. Ini pun (saya) dalam fasa nak melangkah atau bertahan. Sebab penat nak bersabar,” tulis seorang pengikut.

Irma sebelum ini mendirikan perkahwinan dengan Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang juga ahli perniagaan pada 2012 dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 10 dan sembilan tahun.

Daripada tinjauan ke akaun Instagram miliknya, sudah lama pengacara terbabit tidak berkongsi gambar suaminya, selain turut memuatnaik hantaran yang menyentuh mengenai sandiwara dan penghargaan

BACA JUGA:

“Pakcik ni bukan niaga tapi ni sedekah” Keikhlasan seorang pakcik jual makanan harga RM5

Ingatkan susah nak buat Tauhu Begedil ni rupanya mudah – Wanita kongsi cara paling mudah dan sedap

Habis madu sepah dibuang, nasib seorng wanita di tinggal teman lelaki apabila mandul selepas gugur 3kali