Jangan suka hati garu gegata, ini 7 punca & cara betul untuk merawat sebelum melarat
Eh asyik tergaru-garu je si adik ni dari tadi. Makin besar dah pulak tempat gatalnya… Nampak macam gegata. Apa punca gegata ni sebenarnya? Gigitan serangga, alergi tersilap makan atau habuk?
Makin digaru semakin membesar dan mula bengkak. Daripada bintat kecil, boleh bertukar menjadi peta merebak satu badan… Gatalnya bukan main lagi!
Memang stres bila terkena serangan gegata ni, dan kasihan bila anak-anak kecil yang kena. Asyik mengadu gatal dan tentu rasa tak selesa.
Tapi pernahkah kita terfikir apa sebenarnya gegata ni dan apa punca gegata boleh terjadi?
Jom ketahui lebih lanjut melalui artikel ini.
7 PERKARA TENTANG GEGATA PADA ANAK, PUNCA & CARA MENGATASINYA
1. APAKAH GEGATA?
Dalam masyarakat kita di Malaysia, gegata juga dikenali sebagai sopak garam, kelopak garam, dan ‘ludah jin’.
Namun dalam terma perubatan, gegata dikenali sebagai urticaria atau hives dalam bahasa Inggeris.
Gegata boleh timbul secara tiba-tiba, di mana kulit boleh ber’bintat’ seakan akan gigitan nyamuk dan terasa amat gatal.
Menurut Medical Mythbuster Malaysia, punca gegata ini terjadi adalah apabila tubuh kita merembeskan histamin dan beberapa bahan lain menyebabkan cecair dibocorkan dari saluran darah ke lapisan dermis kulit.
Faktor ini membawa kepada kebengkakan kulit dan kegatalan yang melampau.
Dalam kebanyakan kes, biasanya gegata ini akan hilang selepas 24-48 jam dan ia tidaklah serius.
2. JENIS GEGATA
Menurut portal MyHealth, terdapat 2 jenis gegata (urtikaria) iaitu
Urtikaria akut – jika ia terjadi secara tiba-tiba dan berterusan kurang daripada 6 minggu. Kebanyakan gegata akan hilang selepas 24-48 jam. Urtikaria akut boleh berulang pada sesetengah orang orang.
Urtikaria kronik – jika ia berterusan lebih lama daripada 6 minggu. (Kronik bermakna berterusan dan berpanjangan)
3. PUNCA GEGATA
Gegata berlaku apabila tubuh anda bertindak balas terhadap alergen (alahan) dan melepaskan histamin atau bahan kimia lain dari bawah permukaan kulit.
Terdapat beberapa makanan, aktiviti dan perkara perkara tertentu yang boleh menyebabkan punca gegata (urtikaria).
Alahan Makanan – seperti alahan kepada kacang, strawberi, buah-buahan sitrus, telur, bahan tambahan makanan, rempah, coklat, atau kerang. Kadang-kadang anda boleh mendapat alahan kepada makanan walaupun anda telah makan makanan tersebut tanpa sebarang masalah banyak kali sebelum ini.
Alahan Serangga – kepada gigitan serangga dan penyengat.
Alahan Ubat – Alahan kepada ubat-ubatan seperti penisilin, aspirin, ubat penahan sakit,anti-radang, dan lain-lain.
Jangkitan Virus – Jangkitan virus yang ringan seperti selsema boleh mencetuskan ruam urtikaria pada sesetengah orang. (Anda bertindak balas terhadap virus.)
Sentuhan kulit – Sentuhan kulit dengan sensitiser menyebabkan urtikaria setempat pada sesetengah orang. Contoh sensitiser termasuk bahan kimia, minyak wangi, getah, kosmetik, tumbuh-tumbuhan, ‘ointment’, sengat, dan lain-lain.
Dermographism – Urtikaria fizikal adalah keadaan di mana ruam setempat timbul apabila kulit dirangsang secara fizikal. Pembentukan ruam di kawasan kulit yang telah diusap dipanggil ‘Dermographism’.
Tidak Diketahui – Untuk penyakit gegata yang kronik, hampir 90% tidak diketahui pencetusnya. Situasi tersebut digelar ‘spontaneous urticaria’.
Contoh Pembentukan ruam di kawasan kulit yang telah diusap dipanggil ‘Dermographism’ / Foto Kredit: MedicalNewsToday
4. ADAKAH GEGATA BOLEH BERJANGKIT?
Tidak.
Gegata tidak berjangkit melalui sentuhan.
Sebaliknya gegata bersifat ‘migratory’, maksudnya tompok-tompok gatal tersebut berpindah randah dari satu bahagian tubuh ke satu bahagian lain.
BACA JUGA:
3 pilihan resepi chocojar yang mudah pasti ranggup & cair meleleh