Janna Nick ditahan wad akibat masalah radang usus
Pelakon Janna Nick dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya sejak Khamis lalu akibat mengalami masalah radang usus.
Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, bagaimanapun memaklumkan dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad namun masih dalam proses pemulihan.
“Sudah dibenarkan pulang namun masih dalam proses pemulihan,” katanya.
Janna berkongsi keadaannya di laman Instagram miliknya berserta beberapa foto ketika dia terbaring di atas katil wad.
Suami aktres itu, Dini Schatzmann turut dilihat menemani Janna sepanjang berada di wad.
Sementara itu, Dini memaklumkan Janna berada dalam keadaan baik.
“Dia okey sekarang,” ujarnya ringkas.
Perkongsian Janna di Instagram itu turut menerima komen rakan-rakan artis yang mendoakan dia segara pulih.
BACA JUGA:
Lelaki disahkan hidap SJS hanya kerana ubat mata
Ketahui kisah 5 individu bernikah dengan objek, ada yang kahwin dengan dinding
Niat nak ‘surprise’ anak sulung tapi lain yang jadi lepas ibu ambil video, netizen sebak