Meninjau ke akaun Instagram Janna Nick, perkongsian sebuah video yang memaparkan Janna mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, Dini Schatzmann sebelum pergi menunaikan umrah telah mengundang rasa sebak ramai orang.
Video tersebut dirakamkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia merupakan perpisahan yang sukar buat Janna kerana akan berjauhan dengan suaminya. Janna juga sangat cantik dengan penampilannya yang memakai jubah dan bertudung.
Pasangan ini sempat bermanja sebelum Janna berlepas. Janna juga dilihat mengalirkan air mata ketika membuat lambaian kali terakhir kepada suaminya sebelum memasuki balai pelepasan. Hal ini membuat ramai netizen tersentuh.
Nampaknya ramai yang mendoakan agar Janna kekal dengan penampilan sebegini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Janna Nick dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Semoga selamat pergi dan balik.
BACA JUGA:
Rupanya boleh bersalin dalam air, ramai mak-mak yang tak tahu kan? Ini manfaatnya
Gadis kongsi rahsia cantik kena makan burung merpati, betul ke? Ini penjelasannya