Jauhi tabiat berak berjam-jam sambil main media sosial, rupanya anda terdedah penyebar kuman dan penyakit buasir

Jauhi tabiat berak berjam-jam sambil main media sosial, rupanya anda terdedah penyebar kuman dan penyakit buasir

Kebanyakkan masyarakat gemar melayari media sosial atau emel semasa berada di dalam tandas terutama sekali ketika sedang membuang air besar.

Meskipun perbuatan tersebut dianggap sebagai perkara normal, namun ia memberi kesan buruk dalam aspek kesihatan.

Jauhi tabiat berak berjam-jam sambil main media sosial, rupanya anda terdedah penyebar kuman dan penyakit buasir

Menerusi laporan Daily Star, sembilan daripada 10 individu mengaku membawa peranti dan menggunakannya di dalam bilik mandi.

Ekoran daripada itu, Pakar Bedah Kolorektal Dr Karen Zaghiyan mengaitkannya dengan punca berlakunya buasir dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan duduk dan meneran semasa membuang air besar boleh menyebabkan buasir berlaku dengan gejala sakit, bengkak atau pendarahan.

“Walaupun belum ada bukti saintifik mengenai perkara ini, percubaan klinikal sedang dijalankan,” jelasnya.

Bakteria juga merupakan satu lagi sebab mengapa telefon tidak boleh dibawa masuk ke tandas.

Ia kemungkinan akan menyebabkan telefon ‘tercemar’ yang mana kuman di dalam tandas berpindah ke tangan.

Kajian pada 2017 mendapati telefon bimbit pelajar sekolah menengah boleh menyimpan E.coli dan mikrob lain yang boleh membuat mereka mengalami sakit.

Bakteria tersebut boleh menyebabkan cirit-birit, kekejangan perut mahupun demam dengan kira-kira separuh daripada orang mengalami cirit-birit berdarah.

Malah, hanya satu daripada 20 individu yang membersihkan telefon mereka setiap enam bulan atau kurang sekali gus menjadikannya lebih kotor daripada tempat duduk tandas.

Tambah Dr Karen, setiap individu disarankan untuk tidak meneran atau ‘memaksa’ najis keluar jika pergerakan usus tidak dihasilkan selepas beberapa minit berada di tandas.

“Sebaliknya, bangun dan pergi buat perkara lain. Apabila sudah mempunyai keinginan untuk membuang sekali lagi, barulah kembali ke tandas,” jelasnya.

BACA JUGA:

Hana Ismail luah rasa mengenai Da’i Syed selepas keguguran anak pertama

Sejuk perut ibu bila anak suka solat, bagi kain pelikat teruja macam dapat PlayStation! Reaksi budak 8 tahun ini buat netizen kagum

Mengejutkan! Rupanya filem Walid bukan sahaja tayang di Malaysia, tapi siap masuk panggung Amerika