Jijik cacing hidup dijumpai dalam bungkusan ikan salmon

Jijik cacing hidup dijumpai dalam bungkusan ikan salmon

Video seekor cacing hidup sedang bergerak di dalam bungkusan ikan salmon meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi oleh seorang wanita di aplikasi TikTok.

Menerusi video itu, seekor cacing dilihat masih hidup dan bergerak meskipun ia dibalut dengan plastik yang menutupi ikan berkenaan.

Jijik cacing hidup dijumpai dalam bungkusan ikan salmon

Menurut pelanggan yang dikenali sebagai Rachel Lyn, 34, dia menyedari kehadiran cacing itu ketika sedang membelek bungkusan salmon di sebuah pasar raya, baru-baru ini.

Dia yang jijik melihat cacing hidup terus meletakkan semula bungkusan berkenaan dan membatalkan hasrat untuk membeli ikan salmon.

Rachel dari Tasik Wylie di Carolina Selatan bukanlah pelanggan pertama yang menemui cacing dalam bungkusan salmon di pasar raya.

Carian menerusi Google turut memaparkan banyak artikel mengenai pengalaman serupa yang dilalui pelanggan lain sebelum ini.

BACA JUGA:

Akibat suka kutuk orang, wanita ini disihir dan tak waras – Ini kisahnya…

”Nak jadi lelaki kena kuat”, tomboi dan ibu kandung meraung di mahkamah tak mengaku dera budak 7 tahun

Guru tadika kena kecam sebab ajar murid menari ‘twerk’ dalam kelas