Jimat betul buat tempe sendiri, guna 3 bahan je dah jadi!

Suka makan tempe? Jom belajar cara-cara membuatnya secara homemade. Mudah dan tidaklah terlalu renyah. Jika tidak dicuba, mana nak tahu mampu ke tidak buat kan? Siapa yang tak suka makan tempe memang rugi. Sebab ia memang ada banyak khasiat. Sesiapa yang kurang gemar minum susu, nak turunkan berat badan serta nak kulit cantik, cuba amalkan makan tempe. Pasti anda akan rasa perubahan pada kesihatan anda.

ASAL USUL TEMPE

Tempe ialah makanan yang dihasilkan dari pemeraman kacang soya. Ia sememangnya amat terkenal di Asia Tenggara dan dipercayai berasal daripada Jawa, Indonesia. Di Malaysia, tempe semestinya tidak asing lagi. Ia banyak digunakan dalam masakan seharian seperti dalam penyediaan Lontong, lauk-pauk, kerepek dan banyak lagi. Harganya pun tidak mahal dan mudah diperolehi sama ada di kedai-kedai runcit mahupun di pasaraya. Biasanya, tempe yang dijual adalah dalam bentuk plastik dan juga yang dibungkus dengan daun.

Jimat betul buat tempe sendiri, guna 3 bahan je dah jadi!

KHASIAT TEMPE YANG ANDA PERLU TAHU. WOW!!!

Sama seperti Kimchi yang terkenal di Korea, tempe juga punya mempunyai banyak zat serta khasiatnya yang tersendiri. Antaranya ialah:

1. TINGGI KALSIUM

Tempe mengandungi kandungan kalsium yang sama seperti susu. Oleh itu, bagi yang kurang gemar minum susu, boleh gantikan dengan pengambilan tempe dalam diet harian.

2. BANTU CANTIKKAN KULIT

Tempe mampu mencerahkan kulit wajah tanpa adanya kesan sampingan yang membahayakan kesiahatan. Malah pengambilan tempe juga membuatkan anda sentiasa kelihatan muda.

3. MENGURANGKAN KOLESTEROL

Selain itu, pengambilan tempe dalam diet harian juga dikatakan mampu mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam badan, meningkatan kekuatan tulang serta membantu mengurangkan gejala-gejala monopous awal.

4. BANTU KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI

Tempe juga dikatakan sangat bagus untuk anda yang ada tekanan darah tinggi. Ini kerana ia mengandungi zat besi dan flafoid yang bersifat antioksidan dimana kandungan-kandungan ini mampu membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

5. ATASI MASALAH CIRIT BIRIT

Jika anda mengalami masalah cirit birit, cuba makan tempe. Ini kerana kandungan protein yang tinggi pada tempe membantu mempercepatkan proses pencernaan. Malah tempe juga dikatakan boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.

6. SUMBER PROTEIN YANG TINGGI

Tempe mengandungi sumber protein yang lebih tinggi dari daging. Di samping itu, tempe juga mengandungi kurang lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenik, piridoksin, biotin, vitamin B12 dan banyak lagi. Memang sangat bagus!

CARA-CARA BUAT TEMPE SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

200gm kacang soya
2 sudu makan cuka
3/4 sudu teh ibu / ragi tempe – boleh dibeli di kedai @ beli menerusi pengusaha tempe

CARA MEMBUAT:

1. Rendam kacang soya sehingga kembang. Kemudian rebus sehingga mendidih. Sejukkan. Ramas-ramas kacang soya bagi menanggalkan kulitnya.

2. Rebus kacang soya sekali lagi hingga mendidih. Tambahkan cuka dan padamkan api. Tos dan keringkan. Biar sejuk.

3. Apabila kacang soya telah kering, taburkan ibu tempe dan kacau rata.

4. Masukkan kacang soya yang telah digaul tadi ke dalam plastik yang telah dicucuk dengan jarum ( dilubangkan).

5. Simpan bungkusan tempe di dalam bilik bersuhu rendah lebih kurang 30C selama dua hari sehingga cendawan tempe tumbuh sepenuhnya.

6. Sedia untuk dinikmati dengan pelbagai gaya hidangan.

BACA JUGA:

Baru tahu warna kahak ada banyak, rupanya itu tanda penyakit bahaya!

Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah kongsi 3 ayat penunduk untuk pujuk pasangan merajuk

Belum habis solat azan sedang berkumandang, ramai musykil sah atau tidak?