Jualan Rahmah sudah bergerak diharap membantu rakyat membeli dengan harga pasaran yang rendah

Jualan Rahmah sudah bergerak diharap membantu rakyat membeli dengan harga pasaran yang rendah

Kerajaan yakin ‘Jualan Rahmah Bergerak’ ketika ini adalah model baharu yang akan merangsang pemain industri untuk menjual barangan pada harga lebih rendah di pasaran.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, berkata kerajaan mahu menjadikan inisiatif itu sebagai usaha yang memanfaatkan rakyat.

Jualan Rahmah sudah bergerak diharap membantu rakyat membeli dengan harga pasaran yang rendah

Jelasnya, ia berbeza dengan jualan biasa yang mana harga ditetapkan pihak industri, selaras pasaran ekonomi terbuka.

“Industri tetapkan harga sedangkan Jualan Rahmah ini harganya ditentukan kerajaan.

“Kita harap inisiatif ini lama-kelamaan akan diikuti industri untuk turut menjual pada harga lebih rendah di pasaran,” katanya kepada pemberita selepas meninjau program Jelajah Jualan Rahmah di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, hari ini.

Menerusi program itu, masyarakat di Pulau Pinang dapat membeli daging segar yang dijual RM27 sekilogram berbanding RM38 harga pasaran.

Pelbagai barangan lain yang ditawarkan juga jauh lebih murah sehingga 30 peratus berbanding pasaran.

Fuziah berkata, kementerian bekerjasama rapat dengan rakan strategik yang mendukung aspirasi kerajaan dalam menjaga hak pengguna.

“Bila kita jumpa ‘rakan kongsi’ begini, kerajaan yakin harga rendah di pasaran dapat dilakukan,” katanya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh (tengah) menunjukkan harga jualan daging tempatan RM27 sekilogram sempena Jelajah Jualan RAHMAH di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

BACA JUGA:

Rupanya kes Sanusi dirancang enam bulan lalu?

Bangkai babi hutan dalam kedai serbaneka ditemui

Hina kerajaan Malaysia merepek, teguk arak.Ini antara 7 perangai tak senonoh Matty Healy