Kebajikan wanita di naik taraf sebanyak RM235 juta – Ini penjelasan

Kebajikan wanita di naik taraf sebanyak RM235 juta – Ini penjelasan

Kerajaan melalui Belanjawan 2023 terus memperkasakan golongan wanita dengan menyediakan dana pembiayaan berjumlah RM235 juta bagi mendorong golongan ini meningkatkan kapasiti perniagaan dan menambah baik strategi perniagaan mereka.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Nur Constance Wah berkata bantuan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan ini perlu direbut oleh wanita khususnya daripada golongan B40 dan ibu tunggal.

Kebajikan wanita di naik taraf sebanyak RM235 juta - Ini penjelasan

Menurutnya, ada juga pemberian geran yang mencapai sebanyak 80 peratus daripada gaji bulanan bagi menggalakkan wanita kembali bekerja.

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023, dianggarkan lebih 130,000 wanita yang kembali bekerja selepas bersalin akan mendapat manfaat daripada geran ini melibatkan dana keseluruhan RM290 juta setahun.

“Dari aspek sosial, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) juga telah diperkasakan untuk membantu wanita yang menghadapi masalah keganasan rumah tangga seperti penderaan dan jenayah seksual,” katanya

BACA JUGA:

Kerana mulut badan binasa , pasangan suami isteri melecur akibat ketidakpuasan hati – Ini kisahnya

Terbongkar strategi 99speedmart yang membuatkan banyak pasaraya besar bankrup

Taraf hidup golongan T20 dan B40 yang ramai belum tahu