Kelab Arab terkenal disekat membeli pemain baru – FIFA

 

Kelab Arab terkenal disekat membeli pemain baru – FIFA

Kelab Arab Saudi, Al-Nassr telah dikenakan sekatan daripada badan induk bola sepak dunia iaitu FIFA selepas tonggakan gaji kepada pemainnya.

Al-Nassr dilaporkan disekat untuk mendaftar mana-mana pemain selepas bekas pemainnya iaitu Ahmed Musa didapati tidak menerima gaji daripada kelab tersebut.

Kelab Arab terkenal disekat membeli pemain baru - FIFA

“Al-Nassr dilaporkan berhutang sebanyak £390 ribu (RM2.1 juta) kepada Leicester yang berupakan bayaran tambahan (add-ons) termasuklah faedah ketika membeli pemain tersebut.

“Lebih menarik, ketika sekatan ini berlaku Musa sudah bukan lagi bergelar pemain Al-Nassr dengan beliau kini bersama-sama kelab Sivasspor di Turki sejak 2022,”katanya.

Jika hutang ini tidak berjaya dilunaskan oleh kelab Al-Nassr maka mereka akan dihadapkan sekali lagi ke FIFA untuk tindakan lanjut.

BACA JUGA: Resepi jimat mangga smoothie pembuka selera, guna 3 bahan je!