Kerajaan beri berita baik kepada pesawah, harga dari RM360 per tan naik RM500 per tan

Kerajaan beri berita baik kepada pesawah, harga dari RM360 per tan naik RM500 per tan

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan berkuat kuasa esok.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Majlis Sentuhan Agromadani Peringkat Negeri Perak di Dewan Kerian Lermai, di sini hari ini.

Kerajaan beri berita baik kepada pesawah, harga dari RM360 per tan naik RM500 per tan

Yang turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ketika mengumumkan kenaikan subsidi terbabit, Anwar secara sinis, menyindir pihak yang sebelum ini sering menyerang peribadinya dengan memetik ungkapan ‘hari ini umum, esok turun’.

“Apa, perleceh lagi aku hari ini dapat kuasa esok turun. Sekarang, hari ini umum, esok naik harga padi seluruh Malaysia,” katanya ketika membuat pengumuman itu semalam.

Anwar berkata, peningkatan subsidi sebanyak RM140 itu diunjur membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun, adalah satu-satunya kenaikan subsidi itu sejak kenaikan terakhir diumumkan kira-kira 25 tahun lalu.

Beliau berkata, pengumuman itu akan menyaksikan pesawah negara ini memperoleh RM1,700 bagi satu tan pengeluaran padi, bermula hari ini, yang bermatlamat meringankan beban pesawah, ia adalah bagi menggalakkan peningkatan produktiviti pengeluaran padi dalam kalangan pesawah.

Katanya, pengumuman itu diharap melegakan pesawah yang turut berhadapan peningkatan kos input pertanian seperti harga baja dan racun yang membebankan mereka, terutama dalam keadaan harga padi menurun dan pemotongan pemutuan yang tinggi.

“Kenaikan (subsidi padi) yang paling akhir adalah semasa Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan dulu, 25 tahu lalu. Alhamdulillah kini sudah jadi Menteri Kewangan, subsidi itu naik lagi dari RM360 kepada RM500,” imbasnya.

Menyentuh isu yang sering menjadi rungutan pesawah iaitu berkenaan pemotongan pemutuan beras (padi) basah, Anwar berkata, kerajaan akan mengawal keadaan itu dengan melatih pegawai Jabatan Pertanian untuk ditempatkan khusus di kilang padi

“Ada komplen (aduan) mengenai kawalan pemotongan permutuan sebab kadangkala betul, tetapi kadangkala harga yang patut dipotong lima peratus, tiba-tiba jadi 10 peratus.

“Saya sudah bincang dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang mana nanti kita akan melatih Pegawai Pertanian khusus yang akan ada di kilang-kilang swasta bagi memantau secara bebas.

“Ia supaya pengilang swasta tak potong beras basah ikut selera mereka, sebaliknya kena ada syarat tertentu. Berdasarkan perundangan, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) terpaksa beli beras basah (selaku pembeli akhir) kalau orang tak mahu beli dari pesawah, jadi Bernas kena membelinya,” katanya.

BACA JUGA:

Exco Kelantan terus buat kerja sejurus isteri Youtuber terkenal mengadu air kotor 6 bulan

Wanita kurang waras kantoi cubaan tinggal anak kandung ditahan pengawal

Tular! warga asing bela ayam di kawasan perumahan,”Report semua tak jalan… Cara mudah, pergi sound depan-depan ataupun serang je”