Kerajaan salah guna akta dalam serbuan rampas jam tangan bercorak pelangi – syarikat jam fail saman terhadap kerajaan

Kerajaan salah guna akta dalam serbuan rampas jam tangan bercorak pelangi – syarikat jam fail saman terhadap kerajaan

Swatch Malaysia memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia susulan serbuan rampasan 172 jam tangan yang dilakukan oleh pihak berkuasa pada Mei lalu.

Sebelum ini, penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi berunsurkan pelangi, yang sering dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kerajaan salah guna akta dalam serbuan rampas jam tangan bercorak pelangi - syarikat jam fail saman terhadap kerajaan

Memetik laporan FMT, syarikat itu mendakwa rampasan berkenaan tidak sah kerana aksesori berkenaan bukan ditakrifkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Sebaliknya, syarikat itu menyatakan bahawa akta tersebut lebih kepada penerbitan terhad untuk dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak.

Justeru, Swatch merasakan pegawai tidak mempunyai kuasa untuk memasuki butik untuk merampas jam tersebut.

“Jam tangan tersebut belum ditakrifkan sebagai penerbitan yang dilarang, oleh itu pegawai tidak mempunyai kuasa untuk memasuki cawangan pemohon (Swatch Malaysia) untuk merampasnya,” katanya.

Malah syarikat tersebut mendakwa beberapa model daripada 172 jam tangan yang dirampas telah dijual di Malaysia selama lebih setahun dan tiada notis aduan atau aduan mengenainya.

Pihak mereka juga telah memohon supaya jam-jam yang dirampas itu dipulangkan kembali namun KDN tidak berbuat demikian.

Susulan itu, Swatch menuntut jam tangan itu dikembalikan semula dan ganti rugi yang dianggarkan RM64,795.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr, dikatakan terkejut dan kecewa dengan rampasan yang dilakukan itu memandangkan jenama tersebut sentiasa menyokong kepelbagaian dan inovasi yang ditonjolkan.

BACA JUGA:

”Shuib tak salah memilih”, suara Watie sibijik arwah Siti Sarah

Vida jumpa pesaing baru untuk rebut Kelantan FC

Tahniah! UiTM bakal memberi diploma kepada 26,000 pelajar