Kerana ada angin yang goyangkan pokok,mak mertua tiba-tiba sound menantu

Kerana ada angin yang goyangkan pokok,mak mertua tiba-tiba sound menantu

Tiba-tiba mak mentua sound aku, Kau jangan sombong sangat tak bercampur orang. Aku macam what???

Ini mesti ada angin yang goyangkan pokok. Bila aku balik kampung, aku kumpul bukti dulu.

Kerana ada angin yang goyangkan pokok,mak mertua tiba-tiba sound menantu

“Tiba-tiba mak mertua sound aku, diam-diam aku letak kamera celah tin milo tempat dorang membawang, rupanya ini kerja biras aku!”

Aku beli camera kecik yang guna sdcard aku letak kat celah-celah tin milo tempat aktiviti membawang..

Hi semua. Kisah aku ni pendek je tapi aku nak luahkan jugak sebab geram kan. Kalau nak post kat fb nanti kang orang kenal payah plak. Hal ni tentang biras aku. Dari mula aku perasan yang biras aku ni suka bersaing dengan aku. Aku biasa je.

Mula-mula aku buat tak tahu jer tapi bila diam mAkin melampau plak. Puncanya dia ajak ahli keluarga mentua yang lain membenci aku dan suka sangat sabotaj kehidupan aku. Jadi aku rasa perlu untuk aku berdepan dengan dia.

Macam biasa dia tak akan mengaku dan play victim. Aku dijadikan bahan tohmahan dia. Macam biasa kita dilabel suka cari pasal dengan orang, berlagak bila kita confront manusia macam ni. Kalau diam m4kin menjadi pula.

Contoh, aku ni sambung belajar degree jarak jauh. Niat aku nak sarung jubah degree dan upgrade kerjaya aku. Itu impian aku, takde niat pun nak bersaing dengan siapa-siapa. Dapat genggam sijil tu macam satu kepuasan.

Tapi biras sabotaj aku. Dia buat sampai mak mentua aku mula benci aku. Bila aku ada class sebulan minggu 1, minggu 3 sabtu ahad. Masa aku ada class lah, dia gatal buat family gathering, pi makan-makan, pi waterpark, pi picnic, pi shopping baju raya, kenduri yasinan, mestilah tanpa kehadiran aku sebab ada class sabtu ahad pagi sampai petang.

Jadual kelas aku dah kongsi kat group family takkan laa depa tak tau kan?? Sekali dua, mak mentua aku okay bila aku tak join, tapi bila lama-lama bengkak hati dia. Mak mentua siap sound aku dan puji-puji biras aku. Dia kata, biras aku tu pun bijak pandai ada diploma tapi majlis-majlis keluarga tak pernah tak datang!

Kau jangan sombong sangat tak bercampur orang. Aku macam what??? Ini mesti ada angin yang goyangkan pokok. Tiba-tiba jer ni dah kenapa??? Aku tak mengadu kat suami sebab nanti aku kena marah balik. Jadi bila aku balik kampung, sebelum nak tuduh melulu kena ada kumpul bukti dulu.

Aku beli camera kecik yang guna sdcard aku letak kat celah-celah tin milo kat dapur kawasan aktiviti membawang. Memang sah, biras aku punya kerja, macam-macam dia kutuk ya, kata aku tak suka balik kampung, menantu derhaka, berlagak sombong.

Jadi apa aku buat, aku post kat group family. Aku tuntut penjelasan daripada dia. Dah ada bukti pun berani kona baring minah ni. Aku cakap dah ada bukti pun nak play victim, kalau tak suka aku cakap terang-terang. Settle.

Minta maaf pun tak. Mak mentua aku back up menantu kesayangan dia. Aku cakap fikirlah sendiri bukan aku buat cerita, dah ada bukti. Menangislah biras aku dari neraka tu. Tagih simpati. Suami aku mula-mula terkejut jugak, lepas tu dia ajak aku balik rumah sebab dia marahkan kak ipar dia tu. Tahan diri.

Suami aku cakap sorry dia tak tahu jadi macam ni. Dia cakap bila saudara mara tanya aku mana, tak balik kampung ke suami jawab aku ada class. Dia pun akui rimas nak kena explain kat semua orang. Sebab orang suka buat andaian masing-masing.

Aku cakap takpelah at least suami ada percaya dan boleh pertahankan aku. Aku ada join dropship bagi menambah income. Dapatlah cover sikit duit yuran. Dah dia jual juga barang yang sama. Bila balik kampung suami aku menjual la kat orang kampung sana, dah dia caras pelanggan aku.

Tapi rezeki aku ada tempat lain. No worries. Dua tahun lepas aku dah berjaya graduate, setahun lepas tu dapat tawaran kerja yang lebih baik. Alhamdulillah rezeki keluarga kami. Biras aku pun ada cuba nak belajar sambil bekerja tapi dia tak berapa kental semester dua dah bungkuih.

Baru dia tau ingat senang ke kerja sambil belajar dengan ada komitmen keluarga ni. Aku takde doa yang tak baik. Aku hidup macam biasa je. Tu je la nak luahkan, kalau nak cerita kejadian lain kang melalut-lalut. Sekian terima kasih.

BACA JUGA:Pelajar Intern kini diberi elaun minimum RM800 sebulan – PM