“Keras kepala” boleh buat rayuan tapi minta maaf tak boleh – Amelia
Penerbit Sensasi, Datuk A,Aida mempersoalkan tindakan pelakon Amelia Henderson yang masih berkeras tidak mahu membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kes melanggar kontrak sebuah drama miliknya.
Sebelum ini, Mahkamah telah menetapkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap syarikat A.Aida Productions Sdn Bhd pada 7 April lalu.
Susulan itu, Amelia memfailkan rayuan dan menurut peguam, Ashmadi Othman mewakili A.Aida mereka sedang berada dalam proses ‘review’ untuk menetapkan tarikh rayuan pelakon tersebut.
A.Aida atau nama penuhnya Zaidah Awang berkata pihak Amelia seakan tidak menghormati keputusan mahkamah. Beliau juga meluahkan rasa pelik terhadap pelakon tersebut yang seakan sukar membuat permohonan maaf dan menurunkan video.
“Sebenarnya kalau nak kira, saya frust dan kecewa juga sebab sampai sekarang saya masih menunggu bila pihak belah sana hendak membuat permohonan maaf dan take down video memfitnah saya dan syarikat…” – A.Aida
“Bagi pihak sana tu seperti tidak menghormati keputusan pihak mahkamah yang telah memihak kepada saya. Sampai sekarang saya masih menunggu dan sabar, jadi saya pun dah berbincang dengan peguam saya. Tapi saya pelik kenapa susah sangat ke nak buat permohonan maaf? Saya difahamkan oleh peguam saya dia tiba-tiba buat rayuan takkan lah permohonan maaf pun nak buat rayuan ya Allah ya Tuhanku fikir-fikir sendirilah…” – Katanya
BACA JUGA:
Polis kesan tukang gunting rambut kerap buat gangguan seksual