Nama influencer dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming sememangnya sudah dikenali ramai sehingga berjaya memenangi TikTok Award 2023 dalam kategori Creator Of The Year.
Terbaru, pemuda berusia 30 tahun itu telah berkongsi perkembangan terbaru produk sambal yang dikeluarkannya memandangkan sudah dua tahun lapan bulan ia berada dipasaran.
Bercerita lanjut berkenaan produk yang diberi nama Sambal Nyet itu, Khairul Aming menjelaskan bahawa jumlah sambal yang telah berjaya dijual adalah sebanyak 2.4 juta botol bersamaan dengan RM33.5 juta.
Dia juga memaklumkan yang proses pembuatan dan pembungkusan produk juga banyak dijalankan secara auto dengan adanya mesin-mesin yang memudahkan kedua-dua proses berkenaan.
Tambah Khairul Aming, setiap feedback dari pelanggan berkenaan produknya juga diambil kira dan telahpun menambah baik segala aspek.
Jelasnya lagi, dua kilang yang memproses pembuatan sambalnya kini sedang berjalan dengan baik dan dalam perancangan untuk menjadikan jualan sambal 100, 000 botol sehari berbanding sekarang iaitu terjual 70,000 botol sehari.
Menurutnya, kedua-dua kilang yang terletak di Kelantan sudah beroperasi sepenuhnya walaupun masih berlaku renovation kerana mereka sedang bersedia untuk memasuki fasa ketiga iaitu automation.
Perkongsian yang jelas berkenaan produk keluarannya telah mendapat pujian ramai kerana begitu jelas menunjukkan cara berniaga dan perkembangan yang berlaku dalam pengeluaran tersebut.
Ujar warganet, tindakan itu membuktikan bahawa pentingnya ilmu dalam berniaga dan selaras dengan apa yang diucapkan Khairul Aming sewaktu menjulang trofi Creator Of The Year apabila meminta anak-anak muda untuk tidak mengabaikan pelajaran jika mahu bergelar influencer ataupun kekal relevan dalam industri berkenaan.
BACA JUGA:
Anak Issey rupanya, hampir dilanggar kereta berundur terbabas di kedai kucing
Ziana Zain gelak besar, betul ke Ziana Zain sah dapat gelaran Datuk?
Lelaki gemar mencarut semasa hidup, wanita kongsi detik lelaki nazak cuba ‘mengucap’ tapi…