Kini wujud Pusat tanpa rasuah di Terengganu

Kini wujud Pusat tanpa rasuah di Terengganu

Inisiatif atau peruntukan diluluskan kerajaan Pusat tidak menyalahi peraturan dan tidak boleh dikaitkan dengan isu rasuah.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan Pusat bukanlah kerajaan sementara dan tidak terbabit dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Kini wujud Pusat tanpa rasuah di Terengganu

Katanya, kerajaan juga tidak terbabit dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu dan pimpinan kerajaan Pusat boleh mengumumkan pelbagai bantuan bagi menyelesaikan isu dan permasalahan rakyat.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh meluluskan pelbagai projek dan inisiatif bagi menyelesaikan isu dan masalah dihadapi rakyat,” katanya ketika melawat Pasar Kedai Payang Satu, di sini hari ini.

Ahmad Razif yang juga calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir berkata demikian ketika mengulas bantahan Dewan Pemuda PAS negeri yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri yang kesal dan kecewa dengan budaya politik wang cuba diterapkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kepada anak muda sempena PRN.

Selain itu, Parti Ikatan Demokratik (MUDA) turut membuat laporan polis dengan mendakwa bajet diumumkan itu berunsurkan sogokan.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemberian geran berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan RM250,000 Majlis Belia Malaysia (MBM) Terengganu.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata, inisiatif dan pemberian geran seperti diumumkan Ahmad Zahid tidak memberi kesan kepada PRN.

“Kita berpendapat, tiada masalah pun kerajaan meluluskan peruntukan kerana yang meluluskan bukannya calon atau terbabit dengan pertandingan.

“Mereka yang meluluskan itu bukannya kerajaan sementara, kita tidak nampak masalah kerana yang meluluskan bukannya kerajaan sementara,” katanya.

Ahmad Razif berkata, individu dan pemimpin parti yang mempertikaikan pengumuman inisiatif itu bimbang BN dan PH akan mengambil alih pemerintahan Terengganu.

“Rakyat dan pengundi sudah membuat keputusan untuk memilih parti pada PRN nanti dan mereka akan menterjemahkan pada hari pembuangan undi pada 12 Ogos depan,” katanya.

BACA JUGA:

Akhirnya Masya Masyitah buka tudung, netizen pula perli wajah persis ‘barbie’

Ekonomi Madani rancakkan perubahan positif di Malaysia

Hujung minggu tidak tahu nak masak apa…Ini solusinya Sotong Sumbat Telur Masin