Lebih senang lepas ni! Tiada ujian komputer untuk ambil lesen memandu bakal berkuatkuasa

Lebih senang lepas ni! Tiada ujian komputer untuk ambil lesen memandu bakal berkuatkuasa

Sebelum ini, individu yang ingin memperoleh lesen motosikal dan lesen kereta secara berasingan perlu menduduki dua ujian teori.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan individu yang sebelum ini memiliki lesen memandu, tidak perlu untuk menjalani ujian teori buat kali kedua untuk memohon lesen kelas berlainan, berkuatkuasa 15 September ini.

Lebih senang lepas ni! Tiada ujian komputer untuk ambil lesen memandu bakal berkuatkuasa

Katanya, ketetapan baharu mengenai bahagian pembelajaran iaitu Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) itu untuk memudahkan pengambilan Lesen Memandu Malaysia, khususnya kepada golongan muda

“Umum mengetahui bahawa dalam kalangan rakyat Malaysia kebanyakannya mengambil lesen bagi motosikal dan kereta. Jadi kita gabungkan kelas teori dan ujian tersebut kerana tak perlu duduk dua kali,” katanya dalam sidang media hari ini.

Namun, calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian praktikal di litar dan praktikal di jalan raya secara berasingan apabila mengambil lesen memandu motosikal dan kereta.

Sementara itu, syarat kelayakan umur bagi motosikal kekal pada usia 16 tahun ke atas, manakala bagi motokar pada usia 17 tahun.

Tambahnya lagi, peraturan itu bakal memanfaatkan orang ramai kerana mereka tidak perlu lagi menduduki satu lagi kelas enam jam untuk dapatkan lesen lain sekali gus memberi penjimatan sebanyak RM100 kepada orang ramai.

BACA JUGA:

Anak Jamal Abdillah bagi hint ini konsert terakhir

Hafiz Mahamad belanja duit kahwin untuk pekerja – “Tak cukup nanti abang tambah lagi RM…”

Sanggup jual Isteri demi wang – Buka bisnes khidmat telefon akhirnya isteri melacur di hotel