Lizzo disaman sebab buat gangguan seksual pada pekerja

Lizzo disaman sebab buat gangguan seksual pada pekerja

Penyanyi Lizzo berdepan tindakan saman atas dakwaan melakukan gangguan seksual selain menimbulkan persekitaran kerja kurang menyenangkan.

Saman tersebut difailkan oleh tiga penari iringan Lizzo ketika tampil dalam sebuah acara di Amsterdam, Belanda baru-baru ini.

Lizzo disaman sebab buat gangguan seksual pada pekerja

Tiga individu yang membuat laporan berkenaan adalah Arianna Davis, Crustal Williams dan Noelle Rodriguez.

Laporan tersebut menyebut Lizzo atau Melissa Viviane Jefferson, 35, sengaja mempamerkan persembahan tidak senonoh ketika itu.

Dia didakwa memaksa penari memakan pisang yang sebelum itu disumbat dalam kemaluan seorang wanita lain.

Bukan itu sahaja, Lizzo juga dikatakan memberi galakkan kepada penonton untuk menyentuh kemaluan mangsa.

Saman tersebut difailkan terhadap syarikat produksi milik Lizzo iaitu Big Grrrl Big Touring dan ketua pasukan penari, Shirlene Quigley.

BACA JUGA:

Tidak menang tangan, Jual roti canai sekeping 50sen dan murtabak RM3

Kerajaan sediakan RM1.5 bilion untuk jaga kebajikan Islam

Anak Jamal Abdillah bagi hint ini konsert terakhir