Makkah alami hujan ribut, kilat sambar menara jam

Senario yang jarang berlaku telah berjaya dirakam dari ketinggian pergunungan Makkah melalui video yang tular di YouTube, memperlihatkan kilat menyambar menara jam pada jam 8 malam Selasa (22 Ogos), waktu tempatan.

Pengguna media sosial telah berkongsi foto dan video adegan yang jarang berlaku menunjukkan kilatan petir yang tebal mengenai bahagian atas menara jam Makkah dan menerangi langit selama empat, lapor The Gulf Today.

Menara jam Abraj Al-Bait Towers juga dikenali sebagai Makkah Clock Royal Tower (Menara Jam Diraja Mekah) adalah sebuah kompleks utama di Kota Suci Makkah, Arab Saudi.

Makkah alami hujan ribut, kilat sambar menara jam

Tapak kompleks menara jam tersebut menempatkan bangunan kediaman dan kompleks hotel yang terdiri daripada tujuh menara gergasi terletak di seberang jalan ke selatan dari pintu masuk ke Masjidil Haram (Haram al-Sharif) yang menempatkan Kaabah.

Projek ini bertujuan untuk menjadikan masa Makkah sebagai salah satu masa yang utama di dunia dalam menghadapi saingan masa Greenwich, yang akan dihubungkan dengan pusat-pusat Jam Masa terbesar dan utama dunia seperti di London, Paris, New York dan Tokyo.

Saiz menara jam tersebut enam kali lebih besar daripada menara jam Big Ben yang terkenal di London itu turut mempunyai balkoni untuk pelawat di bawah setiap jam.

Orang ramai cuba mencari perlindungan selepas hujan lebat mencurah-curah turun di Makkah pada malam 22 Ogos 2023.

Kumpulan jemaah umrah tetap tegar melakukan tawaf mengelilingi Kaabah dalam hujan lebat.
Menara jam di kompleks ini adalah juga bangunan paling tinggi di Arab Saudi dengan ketinggian 601 meter (1972 kaki). Ia turut mengatasi ‘Emirates Park Towers’ di Dubai sebagai hotel tertinggi di dunia. Klip video juga menunjukkan angin kencang merobohkan penghadang dan pembersih di halaman Masjidil Haram di Makkah.

Sehubungan itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan di Arab Saudi mengumumkan bahawa awan petir kumulus akan berada di kawasan Asir, Jazan, Al-Baha, dan Makkah, dan akan bergerak ke arah barat, dengan jangkaan hujan sederhana hingga lebat dengan hujan batu dan risiko lebat hujan dan angin kencang.

Media tempatan melaporkan bahawa hujan lebat turun di kawasan berbeza di Makkah; dan pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa hujan akan menjadi ‘penyiraman belas kasihan dan rahmat kepada orang yang beriman ketika suhu di seluruh wilayah tersebut (sebelum itu) semakin meningkat’.

Kelihatan ramai jemaah umrah termasuk yang mendukung bayi tetap tegar meredah hujan sambil melakukan tawaf di Kaabah, walaupun beberapa orang telah membuka payung besar semasa hujan lebat itu melanda.

Jeddah dan kawasan lain di Saudi juga menyaksikan cuaca ribut; dengan video tersebut merakamkan kejadian tiang elektrik runtuh akibat angin dan hujan lebat di Jalan Asfan, di timur laut Jeddah.

Terdahulu pada awal Selasa, Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) mengeluarkan amaran memperincikan keadaan cuaca semasa di negara ini untuk 24 jam akan datang.

Ribut petir disertai angin aktif dijangka berlaku di kawasan seperti Madinah, Makkah, Asir, Jazan, dan Al Baha.

Sementara itu, wilayah Najran dan Tabuk dijangka menyaksikan angin permukaan yang menimbulkan debu.

Hafar Al-Batin, Al-Samman dan Rafha mencatatkan suhu maksimum 47 Celcius (°C), manakala Al-Soudah menyaksikan suhu rendah 14°C dengan tahap kelembapan meningkat kepada 95 peratus.

Terdahulu, paparan bercahaya menakjubkan fenomena kilat yang jarang berlaku menerangi langit kota suci Makkah itu pernah berlaku pada malam Jumaat, 5 Ogos 2022, yang didokumentasikan dalam YouTube sebelum tular melalui platform Twitter (kini dikenali sebagai X) menunjukkan panahan kilat meletup dari Menara Jam Diraja berkenaan ke arah langit, tidak seperti yang biasa dilihat dalam ribut petir.

BACA JUGA:

Mentua halau lima beranak dijangkiti tibi, tinggal hampir 2 bulan dalam kereta

Ibu meraung saksi anak maut tercekik rambutan

Tular! Diana Danielle dedah identiti individu yang pegang tanggannya ketika masih dalam iddah