Malang tidak berbau, penunggang motosikal maut dirempuh kereta langgar lampu isyarat

Malang tidak berbau, penunggang motosikal maut dirempuh kereta langgar lampu isyarat

Seorang pekerja am sebuah pasar raya maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta jenis Perodua Viva yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan Dusun Raja, di sini kira-kira 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata siasatan mendapati lelaki berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 itu dalam perjalanan dari arah Lundang ke bulatan Chempaka.

Malang tidak berbau, penunggang motosikal maut dirempuh kereta langgar lampu isyarat

“Setibanya di lokasi, mangsa dirempuh kereta dipandu lelaki berusia 59 tahun yang dipercayai tidak berhenti di lampu isyarat merah dari arah Jalan Berek 12.

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya dan kemudian terlanggar sebuah motosikal lain yang berhenti di simpang lampu isyarat arah bertentangan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta dan penunggang sebuah lagi motosikal jenis Honda yang berada berhampiran lampu isyarat tidak mengalami kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA:

Bangkai babi hutan dalam kedai serbaneka ditemui

”Sepatutnya Syahmi Sazli yang menang kategori Artis Komedi Paling Popular” – Penyokong tegar nak bagi rating 1/10 pada ABPBH35

JDT sapu bersih juara Piala FA, Johor umum cuti