Mamazie dedah jumpa pakaian bekas suami dan wanita lain dalam satu bagasi
Siapa yang tak sedih jika pernikahan yang dibina selama 34 tahun akhirnya runtuh kerana kes kecurangan suami dengan wanita lain?
Ibu Shila Amzah, Fauziah Sarman menerusi Instagram awal pagi ini telah memuat naik posting mendedahkan perkara mengejutkan berkenaan wanita yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinan dengan penyanyi, ND Lala.
“Saya kongsikan supaya dapat menjadi pengajaran buat semua”
Menerusi posting tersebut, Fauziah atau lebih mesra dipanggil Mamazie menyatakan bahawa dia tidak pernah menyangka perkahwinan yang dibina sekian lama ini telah dinoktah dengan cara yang tidak dijangka.
Namun setelah mengumpul kekuatan, dia bersedia untuk menceritakan apa yang berlaku di dalam perkahwinannya agar ia menjadi pengajaran buat semua.
Menurut Mamazie, wanita yang didakwa isteri baru bekas suaminya itu merupakan kawan baik anak sulung (Shila Amzah) sejak dari Tingkatan 1 hingga 5.
Malah akrabnya hubungan wanita itu dengan keluarganya sehingga dia menganggap wanita itu sebagai anak dan pernah makan, minum serta tidur di rumahnya.
Namun rahsia perkahwinan bekas suami dan wanita berkenaan mula terbongkar ketika anak lelakinya tolong membawa pulang kereta bapa yang ditinggalkan di Kedah.
Orang di Kedah katanya terpaksa menghubungi anak lelakinya kerana bekas suami pada ketika itu tidak dapat dihubungi.
Agak mengejutkan juga apabila diperiksa kereta tersebut, Mamazie menemui pakaian suaminya bercampur dengan pakaian wanita lain di dalam satu bagasi. Malah kereta itu juga kelihatan seperti ‘rumah’ kerana ia dipenuhi pakaian dobi dan sebagainya.
Tak cukup dengan itu, anak lelakinya pula dituduh mencuri kereta berkenaan kerana ada satu laporan polis dibuat ke atasnya.
Anaknya telah dipaksa untuk mengakui kesilapan dan meminta maaf secara bertulis yang didakwa telah diarahkan oleh wanita berkenaan dan tidak mendapat sebarang bantahan daripada bapanya.
Pun begitu, Mamazie berkata yang dia telah menerima takdir yang menimpanya itu setelah diceraikan melalui WhatsApp pada 8 Ogos lepas.
Perkara ini juga didedahkannya bertujuan agar wanita di luar sana lebih berwaspada dengan sesiapa sahaja yang mampu mengganggu gugat keharmonian rumah tangga masing-masing.
Semoga ibu Shila Amzah tabah dengan dugaan yang menimpa.
BACA JUGA:
Pemuda tak kisah belanja kekasihnya supaya lebih cantik, abaikan yang mengutuk
Tular rakyat saksi Ahmad Zahid baik hati tolong penunggang motosikal kemalangan
Betul ke lepas ni dah boleh guna kad credit dan debit untuk bayar Tol?