Maryam payung lagu melayu terus hilang loghat korea, “Pergh mantap suara dia” – Netizen
Video Maryam You Narae Menyanyi Lagu Cinta Dendangan Asal Marsha Milan Raih Pujian Warganet. Fuh Power Suara Maryam, Ada Iras Suara Marsha Lah. Part Tarik Tu Selamba Je Maryam. Meremang Bulu Roma Dengar Suara !!
Maryam You Narae bukan nama yang asing buat peminat dunia seni tanahair. Maryam mengembangkan sayapnya ke layar lebar apabila membintangi filem karya Dato’ Fizz Fairuz berjudul Mat Tudung Begins yang kini sedang rancak ditayangkan di seluruh negara.
Selain bakat berlakon, rupanya wanita Korea ini juga berbakat dalam bidang nyanyian. Meninjau akaun Tik Tok Duriankimchi_fc, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Maryam payung suaranya mendendangkan lagu Marsha Milan berjudul Cinta.
Wow, itu yang dapat diberikan oleh warganet setelah mendengar suara Maryam. Merdu dan mampu membawakan lagu bernada tinggi dengan baik, Maryam membuatkan ramai yang meremang bulu roma. Kali pertama mendengar Maryam serius menyanyi seperti ini.
Ramai yang mengatakan hilang loghat Korea Maryam apabila menyanyi lagu Melayu. Memang kedengaran fasih sebutan bahasa Melayu Maryam. Apabila orang Korea menyanyi lagu Melayu, memang gempak jadinya. Hebat lah Maryam, sampai terpegun warganet melihat Maryam kali ini.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 90 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Meremang bulu roma aku dengar Maryam menyanyi.. sedap siot. ada tak video panjang, tak puas dengar Maryam nyanyi.. ”
” Dengar Maryam tarik tu, fuh berdiri bulu roma.. pehhh mantap suara Maryam.. terus ilang loghat korea dia.. ”
” Bukan takat korea dia je yg hilang . suara dia pon meremang bulu roma dengar . mariam taknak buat 1 album ke huhu.. ”
Siapa sangka Maryam ada suara sebegini merdu, kedengaran hampir sama dengan suara Marsha. Tak mustahil selepas ini Maryam keluar dengan single sendiri, tentu meletop. Semoga Maryam terus maju jaya dalam lakonan dan semua lapangan yang diceburinya.
BACA JUGA:
Isteri tawar hati minta cerai akibat suami curang
Ramai terhibur cara atuk bawak ‘oyen’ jalan-jalan di Ekspo Kucing
Ramai terhibur cara atuk bawak ‘oyen’ jalan-jalan di Ekspo Kucing