Mata wang tempatan kini dibuka lebih tinggi berbanding dolar

Mata wang tempatan kini dibuka lebih tinggi berbanding dolar

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Jumaat dengan pasaran memberi tumpuan kepada angka Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang dijadual dikeluarkan malam ini.

Pada 9.10 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5395/5485 berbanding dolar AS daripada 4.5535/5570 pada penutup Khamis.

Mata wang tempatan kini dibuka lebih tinggi berbanding dolar

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata konsensus percaya NFP bagi Julai 2023 mungkin lebih rendah sedikit iaitu 200,000 berbanding 209,000 pada Jun.

“Pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) bergantung kepada data dan jika data NFP tampak lemah, ia mungkin menyarankan penangguhan dalam kempen kenaikan kadar mereka.

“Bagaimanapun, masa untuk sebarang perubahan yang berpotensi dalam kedudukan Rizab Persekutuan masih tidak pasti,” katanya sambil mengunjurkan ringgit didagangkan dalam julat kecil RM4.54 hingga RM4.55 hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1809/1875 daripada 3.1849/1876 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9730/9829 daripada 4.9774/9813 pada Khamis, namun turun berbanding pound Britain kepada 5.7765/7880 daripada 5.7679/7724 sebelumnya.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang Asean yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3869/3939 daripada 3.3923/3952 pada penutupan dagangan Khamis dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.16/8.19 daripada 8.20/8.21 sebelumnya.

Ia turut mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 298.8/299.6 daripada 299.7/300.2 semalam dan lebih tinggi berbanding baht Thai kepada 13.1290/1604 daripada 13.1403/1565 sebelumnya.

BACA JUGA:

Kecoh! Penganut ajaran sesat Si Hulk lari ke New Zealand, kini mohon bantuan kewangan guna status agama

Habis madu sepah dibuang, nasib seorng wanita di tinggal teman lelaki apabila mandul selepas gugur 3kali

Polis syak bateri kereta punca kapal kargo terbakar, penumpang bijak terjun laut selamatkan diri