Matty Healy biadap di atas pentas, “Saya diundang, itu yang kamu akan dapat” – Fahmi Fadzil mahu penganjur beri penjelasan

Matty Healy biadap di atas pentas, “Saya diundang, itu yang kamu akan dapat” – Fahmi Fadzil mahu penganjur beri penjelasan

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan memanggil penganjur konsert Good Vibes Festival 2023 susulan tindakan kurang ajar vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy ketika membuat persembahan pada malam Jumaat.

Fahmi menerusi ciapan di Twitter turut menyifatkan sikap Matty yang bercium dan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebagai biadab dan melampaui batas.

Matty Healy biadap di atas pentas, “Saya diundang, itu yang kamu akan dapat” - Fahmi Fadzil mahu penganjur beri penjelasan

“Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah memanggil penganjur untuk memberi penjelasan,” katanya.

Fahmi menyifatkan tindakan Matty sebagai biadab.

Fahmi menulis perkara tersebut menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya yang turut menyertakan pautan laporan mStar berhubung isu berkenaan.

Pertemuan bersama penganjur itu dijangka akan diadakan pada Sabtu.

Good Vibes Festival 2023 dianjurkan oleh Future Sound Asia berlangsung selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Julai 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tentang isu tersebut bagi meneliti kejadian sebenar.

“Saya akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh,” ujarnya.

Pada acara berkenaan, Matty membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT selain berkelakuan tidak sopan dengan memegang botol arak selain meludah ketika membuat persembahan.

Selain menyelar undang-undang berkaitan LGBT di Malaysia, Matty turut mencium pemain bas The 1975 di atas pentas.

Dia juga dilihat sengaja mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di atas pentas sebagai protes terhadap undang-undang berkaitan LGBT di Malaysia.

Susulan tindakannya itu persembahan kumpulan The 1975 dihentikan dan Matty sendiri memaklumkan mereka disekat daripada terus menghiburkan penonton.

Selain The 1975, festival itu bakal menampilkan barisan artis seperti The Strokes, The kid Laroi, Hujan, Ty Dolla Sign dan Sabrina Carpenter.

BACA JUGA:

Lelaki ‘chubby’ ditolak crush kerana rupa fizikal yang gebu, netizen pula bagi kata semangat – “Salah ke?”

Kaum hawa berbadan besar perlu berwaspada bila haid tak teratur, ini akibatnya…

Wanita kantoi berkhalwat dengan remaja 16 tahun, rupa-rupanya rakan baik anak sendiri!