Mayat remaja lelaki lemas dilanda ombak ditemui terdampar
Remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Tanjung Aru Menumbok pada Isnin, akhirnya ditemukan terdampar di tepi pantai tidak jauh dari lokasi kejadian.
Mayat Haibil Abdo, 17, ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 4.30 petang Selasa.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan selepas mayat mangsa ditemui.
“Waris telah membuat pengecaman mayat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sinar Harian melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ombak ketika mandi di pantai bersama rakannya pada jam 6 petang Isnin.
BACA JUGA:
Sanusi bakal hilang status MB selepas PRN kelak
Klinik swasta beri rawatan percuma? Ini satu berita yang mengejutkan”
”Tak ada duit tapi sibuk nak melancong” – Tular pelancong Rusia minta sedekah di Malaysia