Meninggal kerana kemalangan kereta,motorsikal atau kapal dikira mati syahid? – Ini penjelasan Ustaz Abu Haidar
Terbaharu, kita dikejutkan dengan insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat di Elmina Seksyen U16, Shah Alam. Kejadian tersebut telah mengorbankan mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat ia terhempas.
Rentetan dari peristiwa menyayat hati ini, ramai yang bertanya apakah status kematian individu yang berada di dalam pesawat tersebut? Adakah ini tergolong dalam mati syahid seperti berperang?
CIRI-CIRI MATI SYAHID, MANGSA PESAWAT TERHEMPAS PUN TERGOLONG?
Menurut penjelasan dari Ustaz Abu Haidar As-Sundawy di laman Youtube, dalam agama Islam, para ulama mengatakan, orang-orang yang dianggap mati syahid adalah mereka yang gugur bukan sahaja di medan perang. Di akhirat kelak, mereka akan menerima pahala sebagaimana pahala para syuhada yang gugur di medan perang.
Sebagaimana dengan korban meninggal akibat kemalangan pesawat, Ustaz Abu Haidar As-Sundawy, mengatakan, orang-orang yang meninggal kemalangan pesawat ini juga digolongkan sebagai mati syahid.
Bukan itu sahaja, menurut Ustaz Abu Haidar, dia menambahkan bahawa orang yang meninggal kerana kemalangan kereta atau motorsikal juga digolongkan dalam mati syahid.
*Jadi, semoga seluruh keluarga kepada mangsa yang maut akibat tragedi pesawat terhempas di Elmina baru-baru ini, salam takziah diucapkan dan Al-Fatihah…
BACA JUGA:
Britney Spears dilabel hiperseksual, didakwa curang dengan pembantu sendiri
Mitos dosa silam ibu bapa punca anak alami keruntuhan akhlak! – Ini kupasan Ustaz Abdul Hadi
Tak sangka rupanya makan dalam tempoh 8 jam sehari boleh kurus!