Menu Rahmah banyak membantu saya – pelajar IPTA

Menu Rahmah banyak membantu saya – pelajar IPTA

Golongan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mahukan inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan diteruskan kerana dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi mereka.

Pelajar Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Mohamad Danial Ahmad Razmi, 23, berkata, konsep Menu Rahmah yang ditawarkan di kafe-kafe universitinya amat membantu golongan pelajar menjimatkan perbelanjaan harian.

“Sebelum adanya konsep Menu Rahmah ini, saya perlu membelanjakan kira-kira RM20 untuk makan tengah hari dan malam namun kini saya hanya keluarkan RM10 sehari untuk menampung kos makanan.

Menu Rahmah banyak membantu saya - pelajar IPTA

“Ada sebuah kafe di sini yang menjual tiga bungkus nasi ayam dengan harga RM10. Jadi, saya boleh berkongsi duit dengan rakan-rakan untuk beli nasi ayam tanpa perlu risau,”

Sementara itu, seorang pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) Seri Iskandar, Shera Temeling, 21, yang berasal dari Kuching, Sarawak berkata, Menu Rahmah ini bukan sahaja menepati konsep harga berpatutan namun ia juga lengkap dari segi nutrisi makanan.

“Saya beli nasi, lauk ayam dan sayur campur berserta air dengan hanya RM5. Menu itu sahaja sudah berkhasiat kerana terdapat protein, karbohidrat serta vitamin yang diperlukan oleh badan,” katanya.

Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, Adil Zaini Hamzah, 24, berkata, inisiatif ini masih relevan dan perlu diteruskan walaupun terdapat komen negatif terhadanya.

“Saya sebagai Pengerusi Persatuan Pelajar Kewangan Islam (IFiSS) sendiri melihat kesusahan dan kepayahan rakan-rakan yang perlu ikat perut untuk membeli makanan. Ada juga yang hanya makan sekali sehari kerana perlukan wang untuk urusan pembelajaran.

BACA JUGA:RM 1000 bantuan kewangan akan dibayar pada Julai ini