Menu telur dadar RM13 dikecam! Sebab letak ‘tauge Ipoh’ dan 15 bahan rahsia

Rasanya semua sedia maklum bahawa kos harga makanan makin lama makin meningkat dan kebanyakan daripada kita kadang-kadang memilih untuk masak makanan di rumah daripada membeli di restoran.

Pun begitu, tak salah jika sesekali kita nak makan di kedai cumanya baru-baru ini, ada di kalangan netizen mengecam pemilik sebuah gerai makanan kerana didakwa menjual menu telur dadar ‘premium’ dengan harga tidak munasabah.

Menerusi perkongsian seorang pemilik restoran tempatan, Dania Sedek, dia telah mendapat kecaman kerana menu Omelette Thai with Prik Nam Pla dan taugeh yang dijual dengan harga RM13 itu dikatakan agak mahal.

Menu telur dadar RM13 dikecam! Sebab letak ‘tauge Ipoh’ dan 15 bahan rahsia

Di dalam video itu, Dania menunjukkan cara dia memasak telur dadar tersebut dan bahan-bahan yang digunakannya menyebabkan telur dadar tersebut berharga premium.

Dania juga menjelaskan, harga telur tersebut baginya mampu milik dan berpatutan setelah membuat tinjauan cara penyediaan dan masakan di kedai lain.

Tambahnya lagi, harga omelette yang ditetapkan juga agak berbaloi daripada menu lama yang dijual pada RM8 kerana menu yang baru ini mempunyai sos thai istimewa (prik nam pla) dan taugeh.

Harga RM13 yang saya letak ni saya dah tinjau kat luar macam mana orang letak, macam mana orang buat, macam mana orang masak.

Harga berkenaan juga menurutnya mengambil kira dari segi bilangan telur yang digunakan, minyak masak yang ditukar setiap kali memasak telur yang baru dan juga bekas plastik makanan yang digunakan.

Penjelasan tersebut walau bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang mana rata-rata tetap merasakan omelette tersebut sebagai ‘overpriced’.

Ada di kalangan netizen yang mendakwa dengan harga sedemikian, mereka boleh dapat sepinggan lengkap nasi bersama lauk dan air teh.

Apa-apapun bagi admin, telur tu memang nampak sedap dan bersih cara masakannya. Mungkin adalah sebab kenapa ia lagi mahal dari kedai lain. Korang kena try dulu baru tahu rasanya kot.

BACA JUGA:

Teruja ke sekolah sambut Hari Kemerdekaan sekali cikgu biadap tonyoh muka pelajar darjah 2 sebab bersolek, bapa terkilan

Ini cara goreng ikan keli supaya tak meletup, wajib cuba!

Berhenti kerja pegawai bank tindakan yang bagus, kini miliki rumah idaman hasil berniaga makanan – Gadis viral