Pengarah, Michael Ang meluahkan pendapat berhubung isu poligami yang sedang hangat diperkatakan iaitu mengenai Abang Tesla.
Menurut Michael, kenyataan Abang Tesla ketika menjadi tetamu dalam program podcast bersama Caprice itu mengarut.
Berikut merupakan beberapa faktor yang membuatkan Michael berasa geram.
“Dari buat IVF mahal baik kahwin satu lagi untuk Anak! – Kau ingat perempuan kilang buat anak!”
“Dah lama cinta bila kahwin tak ada spark, bila dah kahwin nombor dua, mulai hargai balik nombor satu – Kalau macam tu jangan kahwin bodoh piang! Alasan paling bodoh untuk kahwin satu lagi,”
“Isteri pertama pun bodoh juga, explanation laki dah tak ada love dan spark. Kalau bagi kahwin satu lagi baru akan ada spark balik dan di hargai. Ini alasan bagi budak-budak candy supaya jangan menangis,”
”Isteri kedua pun angau sanggup kahwin dengan mamat tu. Kalau isteri pertama boleh kena macam tu apa guarantee love tu tak akan hilang bila nak nombor tiga,”
”Dah check doktor ke yang confirm perempuan tu tak boleh ada anak atau lelaki yang bermasalah!”
”Anak angkat tak sama dengan anak sendiri – Kenyataan itu sahaja dah red flag menunjukkan mentaliti seseorang yang selfish dan tak reti mencintai seseorang for a long time. Orang macam ni hanya tahu love themselves dan tak fikirkan perasan orang lain.
Bagaimanapun menerusi coretannya di Instagram memaklumkan dia tidak mempunyai masalah sekiranya ada lelaki memilih untuk berpoligami tetapi jangan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh disifatkan sebagai tidak masuk akal.
“Nak kahwin satu ke sepuluh ke itu hak kau orang. Tapi bila keluar kenyataan dan alasan bodoh bodoh ni lagi baik diam,” coretnya.
BACA JUGA:
Pemuda murung tunang curang seminggu sebelum nikah, nasib kantoi awal!
Menu telur dadar RM13 dikecam! Sebab letak ‘tauge Ipoh’ dan 15 bahan rahsia
Tak sangka lebih seminggu dirawat, ini yang terjadi dekat Oyen mangsa pesawat Elmina