Mondy Tatto ‘prank’ 1 Malaysia dengan konten tipu-tipu bersama Ebit Lew

Beberapa bulan lalu, media sosial dikejutkan dengan kehadiran seorang ibu tunggal bernama Mondy Tatto, yang kononnya hidup susah di negaranya sendiri sehingga dibawa ke Malaysia oleh Ebit Lew untuk dibantu.

Pada awalnya, netizen mendakwa video yang ditularkan itu sekadar content menunggang agama. Tetapi pihak berkenaan tampil menafikan dan menegaskan mereka membantu Mondy untuk mengelakkannya daripada terus hanyut.

Selain itu, timbul persoalan mengenai tatu dan pendakap gigi yang digunakan oleh Mondy. Sekali lagi individu yang sama mempertahankan bahawa pendakap gigi yang dipakai itu hanya berharga RM15 dan tatu pula dibuat oleh Mondy sendiri.

Mondy Tatto 'prank' 1 Malaysia dengan konten tipu-tipu bersama Ebit Lew

Biar apa pun penjelasan mereka, netizen enggan percaya kerana yakin semuanya hanyalah content semata-mata. Lebih-lebih lagi apabila Mondy bersama dengan beberapa individu berkenaan menjual produk dalam siaran langsung di TikTok.

Semalam, isu Mondy tular semula apabila dia dikatakan sudah tidak memakai tudung dan kembali menjadi seperti sebelum ini.

Dalam video yang dimuat naik semalam, Mondy hanya bertopi dan memakai baju lengan pendek. Beberapa jam selepas video itu dimuat naik, ramai netizen yang memula mempersoalkan tindakannya.

Menyedari kecaman itu, Mondy hanya sekadar menjawab ‘Bla.. bla.. blaa…’ yang dipercayai membawa maksud usahlah netizen menjaga tepi kainnya.

“Aku seorang je ke perasan masa mula-mula Ebitt Lew jumpa Mondy ni, dia memang tak ikhlas pun nak berubah. Sedihnya,” kata Cahaya.

“Nak berubah tu pada diri sendiri, orang lain takkan mampu dapat mengubahnya. Mungkin dia masih belum puas lagi dengan kehidupan seperti itu,” kata Makcik Mimpi.

“Doakan yang baik-baik sahaja, biar Allah yang menentukan segalanya. Sabar, Allah lebih tahu apa yang akan terjadi dalam sekelip mata nanti,” kata 18.

BACA JUGA:

Bertuah punya cucu! Atuk menangis cucu gunting semua duit pencen untuk main masak-masak

Peniaga goreng telur dadar RM13 sampai kuali hangus, rupanya terjual 200 set sehari!

Shuib suruh Watie berhias nak pergi memancing, gigih Watie makeup tengah malam