Nabila Huda malas nak layan Nad Zainal, “Sampai macam tu sekali respon dia” – Netizen

Tindakan pelakon Nabila Huda meninggalkan komen pada sebuah video temu bual aktres Nad Zainal telah menarik perhatian wargamaya.

Dalam temu bual tersebut, Nad sedang menjawab isu kononnya bermasam muka dengan beberapa rakan selebriti yang dahulu merupakan rakan baiknya.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian apabila Nabila sempat meninggalkan komen dengan berseloroh mengatakan dia tidak mengenali Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 33.

Nabila Huda malas nak layan Nad Zainal, “Sampai macam tu sekali respon dia” - Netizen

Meskipun komen tersebut berbentuk gurauan, namun rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas meluahkan rasa terhibur dan menganggap hal itu melucukan.

Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya yang mengingatkan kembali bahawa dua aktres itu mempunyai hubungan yang akrab sebelum ini dan pernah bersama-sama bercuti di Bali, Indonesia.

Terdahulu, spekulasi bermasam muka dengan beberapa rakan selebriti timbul selepas Nad pulih daripada sakitnya yang teruk iaitu jangkitan pada paru-paru sekitar November tahun lalu.

BACA JUGA:

Malang tak berbau! Remaja lelaki mahu isi minyak tapi digilis treler

Makkah alami hujan ribut, kilat sambar menara jam

Treler bawa muatan ‘steel bar’ langgar 7 kenderaan sekali gus