Nak beli jiwa tak perlu modal, suami bina cabinet dapur guna rak buku je! Ini panduan untuk korang
Setiap kali melangkah ke dapur, pasti mood untuk memasak akan hilang kerana kesemua jenis periuk belanga serta peralatan dapur dapat dilihat dengan jelas.
Meskipun tersusun rapi, namun barangan yang banyak menjadikannya kelihatan seperti berselerak.
Tambahan pula hanya tersusun di rak yang pelbagai bentuk dan saiz.
Bagi para wanita, dapur yang cantik dan selesa bukan sahaja menjadi idaman malah membuatkan mereka rajin untuk memasak.
Jadi, para suami yang masih menyimpan bajet bolehlah make over sendiri kabinet dapur.
Bukan sahaja murah jika dibandingkan dengan upah membuat kabinet yang mencecah ribuan ringgit, malah mudah dilakukan kerana berkonsepkan ‘siap pasang’.
Masa yang digunakan untuk membuatnya pun tidak lama.
Selain simple, keistimewaannya adalah sesuai untuk mereka yang duduk di rumah sewa. Boleh bawa sekali apabila pindah!
Kos yang dikeluarkan hanyalah membeli rak buku jenis bertutup atau terbuka dan tiga batang kayu serta papan sebagai tapak untuk kabinet, bilangan pula bergantung kepada saiz kabinet yang ingin anda hasilkan.
Tambahkan aksesori lampu bagi memberi nilai tambah kepada kabinet anda. Barulah kelihatan mewah!
BACA JUGA:
Presiden Ukraine boikot perjanjian laut hitam melalui majlis NATO-Ukraine pada Rabu ini
Menang RM250,000 Chiwan mahu beli rumah dan kereta untuk persiapan kahwin tahun ni