Nampak comel tapi ibu bapa perlu larang anak-anak tonton 3 kartun ini

Nampak comel tapi ibu bapa perlu larang anak-anak tonton 3 kartun ini

Kartun dan kanak-kanak memang sangat sinonim. Karakter kartun secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan emosi dan mental kanak-kanak.

Pada asasnya kartun merujuk kepada lukisan yang dimaksudkan sebagai karikatur, satira atau humor, atau rancangan televisyen pendek atau filem animasi yang biasanya dimaksudkan untuk kanak-kanak.

Nampak comel tapi ibu bapa perlu larang anak-anak tonton 3 kartun ini

 

Kartun juga sering menggambarkan wira-wira, haiwan antropomorfik, misteri dan sebagainya. Kartun biasanya ditonton oleh kanak-kanak dan memang mereka akan gembira apabila menonton kartun.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kartun yang mengandungi unsur bahaya.

Berikut lapan kartun yang mengandungi unsur bahaya serta boleh merosakkan emosi anak-anak;

1. Siren Head

Kartun Siren Head yang muncul buat pertama kali pada tahun 2018 merupakan karya seniman bertema seram dari Kanada, yang dikenali sebagai Trevor Henderson. Kartun seakan mumia ini tidak memiliki mata, hidung, telinga kerana ia berkebolehan mengesan mangsa melalui kuasa ghaib yang dimilikinya.

Dikatakan hantu ini kerap muncul di daerah terpencil atau di lokasi yang berhampiran dengan hutan. Disebabkan struktur badannya yang kurus dan berwarna besi karat, hantu Siren Head ini begitu mudah bersembunyi di sebalik pokok hingga tidak disedari oleh mangsa.

Mangsanya ialah orang yang tersesat, pejalan kaki termasuklah kanak-kanak. Hantu ini berkebolehan mengeluarkan pelbagai jenis bunyi termasuklah suara orang meminta tolong yang akhirnya mengumpan mangsa.

2. Long Horse

Kartun Long Horse juga merupakan karya seniman bertema seram, Trevor Henderson. Makhluk yang kelihatan seperti mempunyai tengkorak kuda tidak berahang di kepala ini dikatakan mempunyai sifat suka mengambil berat mengenai manusia, bertindak sebagai pelindung serta memberi amaran kepada mereka tentang bencana kerana ia mampu meramalkan bencana.

Kartun ini juga dikatakan boleh memasuki mimpi manusia dan ada yang membuat spekulasi bahawa Long Horse adalah malaikat yang dihantar oleh Tuhan.

3. Huggy Wuggy

Dilancarkan pada tahun 2021, kartun ini adalah beruang biru yang mempunyai gigi tajam, rambut kerinting dan muncul dalam siri yang disebut Poppy Playtime.

Ia kelihatan seperti tidak berbahaya tetapi sebenarnya satu karakter yang boleh membuat penonton menggigil disebabkan tindakannya yang menakutkan.

Apa yang perlu diketahui oleh ibu bapa mengenai karakter ini ialah:

Menggunakan kata-kata yang menyinggung perasaan.
Menggambarkan penggunaan alkohol.
Menunjukkan aksi menikam, memenggal kepala.
Menunjukkan percubaan membunuh.

BACA JUGA:

Tragis! tersebar video mayat mangsa pesawat terbakar, netizen tak sanggup nak tengok

Indentiti mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina dikenal pasti

Pelanggan dituduh ambil gambar Messi, teruk dipukul hingga cedera