Netizen dakwa aksi mesra Enot dengan boyfriend ‘fake’ terlampau berlebihan, “Sweet tapi nampak kaku sangat”

Tindakan Enot mendedahkan teman lelakinya mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk ada menganggap pelakon itu hanya berpura-pura.

Tanggapan itu dibuat selepas seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @amrimukmin memuat naik video memperlihatkan Enot atau Alizza Abdullah, 45, bersama kekasihnya yang diberi gelaran Mr Secret sedang menikmati makan tengah hari di sebuah kedai makan.

Pasangan itu memperlihatkan aksi romantis apabila Enot turut menyuapkan jejaka itu makanan selain mempamerkan kemesraan.

Netizen dakwa aksi mesra Enot dengan boyfriend ‘fake’ terlampau berlebihan, “Sweet tapi nampak kaku sangat”

Bagaimanapun, netizen memberikan reaksi negatif terhadap video berkenaan dengan menganggap pelakon drama bersiri Mat Despatch itu dan lelaki berkenaan bukan pasangan kekasih tetapi hanya berlakon.

“Korang kena ingat dia (Enot) pelakon. Macam tengah berlakon saja.

“Macam tak gembira saja lelaki itu… Something fishy (ada sesuatu tidak kena),” komen netizen.

Malah ada menganggap aktres berkenaan hanya membuat gimik semata-mata mempromosikan produk selepas terdapat barang di atas meja.

Sebelum ini, Enot seakan memberi gambaran dia sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka sekali gus menepis dakwaan menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita berpewatakan lelaki (tomboi).

Pelakon tersebut memuat naik video menerima sebuah patung beruang bersaiz gergasi daripada seorang lelaki yang digelar Mr. Secret.

Enot yang memanggil jejaka berkenaan dengan panggilan baby memberitahu dia menerima hadiah itu kerana tidak sihat.

Terdahulu, menerusi temu bual bersama penerbit Melodi iaitu Michelle Wee, pelakon Didie Alias atau Fadzilah Mohd Ali, 51, membicarakan tentang sahabatnya yang menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Biarpun tidak menyebut nama, namun ramai membuat andaian individu dimaksudkan adalah Enot memandangkan hubungan mereka akrab sebelum ini.

Tambah Didie, dia juga berasa kesal apabila timbul dakwaan mengatakan Enot kini menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita.

Malah kata Didie, dia berang apabila Enot dilihat terbuka mempamerkan kemesraan bersama ‘kekasihnya’ itu di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai tohmahan terhadapnya.

BACA JUGA:

Anak Achey jual ‘candy Tiara’ dapat sambutan luar biasa, tido pon oder masuk dik!

Tular! Seorang budak perempuan meraung, pucat kepanasan ditinggalkan dalam kereta lebih 40 minit

”Duda, bujang semua tak laku. Laki orang yang di gilakan” – Rozita Che Wan geli dengan sikap perempuan zaman sekarang