Netizen label anak Izara Aishah persis ‘Jenny Blackpink’, “Ada beg kuning tak anak patung ni?”
Jarang untuk peminat dapat melihat Izara Aishah berkongsikan gambar anaknya, Irisa Alaia. Irisa yang dilahirkan pada April 2020 kini sudah pun 3 tahun usianya. Kecomelan wajah si kecil yang mesra dengan panggilan Alaia ini seringkali mendapat pujian daripada ramai.
Meninjau akaun Instagram Izara Aishah, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Alaia. Dengan kapsyen pendek tertulis ‘ Nyawa ‘, gambar ini telah pun meraih lebih 46 ribu tanda suka daripada warganet. Perkongsian yang sama juga ada dimuatnaik di akaun Facebook Izara Aishah.
Menerusi gambar ini, Alaia mengenakan baju berwarna cream bersama cernin mata hitam. Dengan rambutnya yang diikat tocang 2, semakin cantik penampilan Alaia. Anak kesayangan Izara ini juga sudah pandai memberikan pose yang menarik apabila gambarnya diambil.
Ramai yang memuji wajah Alaia yang dikatakan seperti anak orang Korea. Memetik komen warganet, ada bakat untuk menjadi pelapis mamanya apabila besar nanti. Boleh jadi model cilik Alaia ni, sesuai dengan mukanya yang cute itu. Tengok lah pose Alaia, alahai comel sangat.
BACA JUGA:
Terpengaruh watak ‘Spiderman’, budak lelaki sanggup digigit labah-labah
Wanita tabah hidap ekzema kulit terkoyak penuh kesakitan
Begini rupanya cara nak lembutkan daging – Pemilik restoran dedah cara chef hotel lembutkan daging