Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah merupakan seorang pelakon dan peragawati di Malaysia. Terdahulu isunya bersama bekas suaminya hangat diperkatakan netizen dan pada akhirnya mereka bercerai dengan talak 1.
Puteri Sarah memulakan kerjayanya sebagai pelakon iklan dan seterusnya menjadi pelakon untuk filem dan drama televisyen tempatan. Kini selain sibuk menguruskan anak-anak, Puteri Sarah juga sedang sibuk untuk memenuhi jadual sehariannya sebagai pelakon.
Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik Janna Nick yang meraih perhatian netizen. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 37 ribu, 3 ribu tanda suka dan hampir 1 ratus komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Puteri Sarah sedang merakamkan lakonan watak yang disandangnya untuk teater yang akan disertainya nanti. Kelihatan Janna Nick yang melihat lakonan tersebut tergelak selepas mendengar Puteri Sarah ketawa.
Rata-rata netizen terhibur melihat lakonan tersebut dan mereka mengatakan tidak sabar untuk melihat teater berkenaan nanti.
“Aku gelak sebab Janna gelak, sopan je gelak nya ya”
“Hahahahaahah lepas dengar ‘akulah yang paling canteqqqqqq”
“Terhibur kita, aku tak gelak tengok ps, aku gelak besar tengok Janna Nick gelak belakang tu”-kata mereka
Apa-apa pun semoga segalanya berjalan dengan lancar dan agar dapat menarik minat ramai untuk melihat teater berkenaan.
BACA JUGA:
Abby Abadi beri ruang kes anak diviralkan, “Nanti saya jawab…”
Ibu tak ada hati perut saksi anak gadis dirogol suami baru
Pelanggan kembang tekak bila tengok mangkuk mi celup, “Rasa nak tolong sental guna clorox”