Netizen puji sikap Atta Halilintar sabar layan isteri hamil anak kedua, siap nak melancong ke jepun
UMUM mengetahui ketika ini penyanyi Aurel Hermansyah sedang menghitung hari menanti kelahiran anak keduanya.
Sepanjang tempoh kehamilan ini, suaminya iaitu Atta Halilintar mendedahkan Aurel sering mengidam dan menginginkan sesuatu yang pelik.
Katanya Aurel pernah meminta untuk mengayuh basikal pada lewat malam sehingga dia terpaksa menuruti kemahuan isterinya itu.
Atta sentiasa sabar melayan keinginan isteinya.
“Dia pernah minta nak kayuh basikal pada pukul 12 malam, cuba bayangkan mana ada orang naik basikal lewat malam. Dengan keadaan sunyi dan dia juga boleh kena selsema.
“Akhirnya saya terpaksa layankan dengan menaiki basikal eletrik,”
Bukan itu sahaja, isterinya juga mengidam mahu melancong ke Jepun.
Selepas segala persiapan dibuat, tiba-tiba Aurel membatalkan hasrat tersebut kerana tidak mahu berasa penat.
“Dia pernah mengidam nak ke Jepun, semasa ulang tahun kelahiran dia… saya telah siapkan segala tiket dan semuanya tapi tiba-tiba dia tidak mahu,” kongsinya.
Untuk rekod, Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 4 April 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta.
BACA JUGA:
Karnival Jom Heboh dapat sambutan positif dari rakyat – Kon Yeow
Kini wujud Pusat tanpa rasuah di Terengganu
Tiada jaringan gol dari Luis Suarez lagi, ramai penyokong patah hati