Netizen teruja nak tengok wajah isteri kedua abang Tesla tapi sekali abang Tesla dedah terus rasa kecewa sebab…

Pempengaruh media sosial yang cukup sinonim dengan konten kereta iaitu Abang Tesla akhirnya mendedahkan wajah isteri keduanya, Nur Syafiqah kepada umum.

Menerusi hantaran di Instagram, Abang Tesla memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dia sedang merangkul bahu kedua-dua isterinya iaitu Nurmajdina Jamari dan Nur Syafiqah.

Difahamkan foto tersebut diambil ketika mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Netizen teruja nak tengok wajah isteri kedua abang Tesla tapi sekali abang Tesla dedah terus rasa kecewa sebab…

Menerusi ruang kapsyen, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam berkata mereka bertiga akan pergi bercuti ke Turkiye dan kemudian berangkat ke Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah.

Kata Abang Tesla, ini merupakan percutian pertama dia bersama kedua-dua isterinya.

Seperti dijangka, perkongsian tersebut bakal menuai pelbagai reaksi wargamaya apabila rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas menyatakan wajah Nurmajdina jauh lebih cantik dan berseri berbanding wajah Nur Syafiqah.

Malah, ada juga segelintir netizen yang berseloroh mengatakan wajah Nur Syafiqah persis isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Bagaimanapun, masih ada segelintir netizen yang mendoakan Abang Tesla agar sentiasa kuat berdepan kritikan netizen dan berharap dia dapat berlaku adil.

Terdahulu, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi. Menurut Abang Tesla, dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda.

BACA JUGA:

Perbuatan terkutuk mentua terbongkar,”patutlah rasa diri ni bodoh, rupanya…”

Pemergian jaguh litar Hattem Rashdi, ratusan kenalan iring ke tanah perkuburan

Ibu kecewa bayar RM1300 sebulan untuk lihat anak didera