Neymar sedia julang piala dengan Al-Hilal

Neymar sedia julang piala dengan Al-Hilal

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar akan melengkapkan perpindahannya ke Al-Hilal minggu ini dan telah pun memilih nombor baju baharunya, demikian menurut sumber.

Bintang antarabangsa Brazil itu sudahpun bersetuju dengan terma kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Pro Saudi itu.

Neymar sedia julang piala dengan Al-Hilal

Difahamkan pemain berusia 31 tahun itu diberi kebebasan untuk memilih nombor jersi baharu yang bakal disarungkan.

Daripada mengambil nombor baharu, Neymar dikhabarkan akan kekal menyarung nombor 10 yang kini tidak mempunyai ‘tuan’ dan tidak perlu dikosongkan.

Neymar telah menyarung jersi nombor 10 ketika di PSG dan juga untuk pasukan kebangsaan, Brazil. Dia sebelum ini menyarung jersi nombor 11 di Santos dan Barcelona.

BACA JUGA:

Muhyiddin tak terlibat dengan 4 tuduhan rasuah RM232.5 juta

Tular tomboi cari amoi sampai tempat kerja, semata-mata mahu peluk dan raba – “Bukan takut tapi geli”

Pelanggan minta ganti rugi hampir RM5000 gara-gara kasut terlekat gam – Penggubah hantaran hairan pelanggan tak bagi resit kasut