Nonny Nadirah dedah punca menghilang dari industri hiburan, lakonan dan nyanyian

Nonny Nadirah dedah punca menghilang dari industri hiburan, lakonan dan nyanyian

Selepas 3 tahun menghilang dari industri hiburan, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah telah muncul dalam satu temubual di YouTube.

Menerusi temubual tersebut, Nonny Nadirah berkongsi akan perkembangan terbaharunya dan juga mengatakan bahawa dia sebenarnya berdepan dengan masalah ketika dilanda kontroversi dahulu.

Nonny Nadirah dedah punca menghilang dari industri hiburan, lakonan dan nyanyian

Malah, sepanjang dia menghilang dari dunia seni, dia lebih banyak masa bersama keluarga dan lebih mendalami ilmu agama. Nonny turut mendedahkan bahawa sebelum ini dia tidak memiliki pengetahuan agama yang luas dan datang daripada latar belakang keluarga yang berbeza.

“Saya daripada keluarga yang bercerai-berai. Hidup berasingan dengan keluarga dan saya dulu pernah kerja dekat ‘club’. Tiba-tiba dapat rezeki masuk industri seni tanpa ada panduan yang betul.” ujar Nonny.

Walau bagaimanapun, dia mengucapkan rasa syukur apabila dia didampingi dengan keluarga dan sahabat seperti Mila dan Heliza yang membantu membimbing dirinya selain memperbanyakkan ibadah solat.

Bukan itu sahaja, Nonny juga menitipkan nasihat untuk mereka yang menghadapi masalah yang sama supaya lebih mengutamakan Allah dalam kehidupan.

BACA JUGA:

Seorang wanita cuba bunuh diri dengan terjun dari aras 5 – Tindakan pantas Ketua Polis selamatkan nyawa

Catat! Ini 8 benda bahaya yang anda tak boleh tinggalkan dalam kereta

Cristiano Ronaldo punca Al-Nassr mara ke suku akhir Piala Juara-Juara Kelab Arab