operasi pemindahan orang asli diganggu gajah liar
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya memindahkan seekor gajah liar selepas sebulan dilaporkan menganggu kediaman penduduk Orang Asli dan merosakkan kelengkapan sekolah di Pos Perwor di sini pada Rabu.
Gajah betina dianggarkan seberat dua tan itu dipercayai tersesat dari kumpulannya ditangkap oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perak, Ahad lalu.
Penolong Pengarah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Mohammad Abu Huzaifah Abu Samah berkata, operasi dilaksanakan selepas menerima enam aduan serius melibatkan kumpulan gajah ID Piah dari hutan simpan berhampiran.
“Operasi menjejaki gajah dilakukan sebaik menerima aduan daripada penduduk setempat yang melihat haiwan berkenaan di kawasan kediaman mereka.
“Kita telah berjaya menangkap gajah terbabit selepas mengesan kedudukannya untuk dipindahkan ke habitat asal,”
Gajah betina yang dilaporkan tersesat dari kumpulannya dipindahkan dan dilepaskan ke habitat asal.
Gajah betina yang dilaporkan tersesat dari kumpulannya dipindahkan dan dilepaskan ke habitat asal.
Menurut beliau, gajah betina dianggarkan berusia 12 ke 15 tahun yang dipercayai salah seekor gajah dari ID Piah berkenaan.
“Khidmat dua gajah denak Suria dan Kala dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Terengganu digunakan untuk memujuk dan menarik gajah liar berkenaan sejauh kira-kira 300 meter ke atas lori.
BACA JUGA:pengawal keselamatan dedah rahsia berjimat-cermat sehingga dapat memiliki barang kemas setiap bulan